Utusan Borneo (Sabah)

Zakir Naik tidak akan diusir selagi tidak timbulkan masalah

Selagi tidak timbulkan masalah: Dr Mahathir

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Dr Mohamad berkata Malaysia tidak akan mengusir pendakwah bebas Dr Zakir Naik selagi beliau tidak menimbulka­n masalah.

Ini kerana katanya Zakir telah diberikan status pemastauti­n tetap di negara ini.

“Selagi beliau tidak menimbulka­n masalah kita tidak akan hantar dia balik kerana beliau telah diberikan status pemastauti­n tetap,” katanya pada sidang media, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada pendakwah bebas itu akan dihantar pulang ke India atau kekal di Malaysia.

Sebelum ini beberapa portal berita melaporkan Zakir akan dihantar pulang ke India.

Terdahulu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Presiden PH di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Zakir yang didakwa terbabit dengan serangan pengganas

“Selagi beliau tidak menimbulka­n masalah kita tidak akan hantar dia balik kerana beliau telah diberikan status pemastauti­n ” tetap

TUN DR MAHATHIR DR MOHAMAD

Perdana Menteri di Dhaka serta pengubahan wang haram meninggalk­an India pada 2016.

Kerajaan India telah membatalka­n pasport Zakir setelah beliau banyak kali mengabaika­n permintaan agar hadir di Badan Penyiasat Kebangsaan India bagi membantu siasatan.

Rabu lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun juga menafikan laporan Zakir akan dihantar pulang ke India dan berkata tiada sebarang arahan dikeluarka­n berkenaan perkara itu.

Sementara itu, ditanya berhubung lokasi ahli perniagaan Low Taek Jhow atau Jho Low yang sedang diburu bagi membantu siasatan skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu.

“Saya tidak mengikuti pengembara­an Jho Low, jadi saya tidak tahu di mana dia sekarang. Terserah kepada mereka yang ditugaskan mencarinya untuk menyelesai­kan masalah yang dia timbulkan menerusi 1MDB serta lain-lain salah laku yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu,” katanya.

Pada Khamis, Mohamad Fuzi dilaporkan berkata berdasarka­n laporan yang diterima oleh pihaknya ketika menjejaki lelaki itu di Hong Kong baru-baru ini, Jho Low dipercayai sudah melarikan diri ke Macau.

Pada 15 Jun lalu, Jabatan Imigresen Malaysia membatalka­n pasport milik ahli perniagaan itu atas permohonan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan Jho Low diperlukan bagi membantu siasatan skandal 1MDB.Bernama

 ??  ?? PERDANA Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Jumaat. Turut sama Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
PERDANA Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Jumaat. Turut sama Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia