Utusan Borneo (Sabah)

Hashim ganti Sukarti sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Datuk Hashim Paijan akan menggantik­an Tan Sri Sukarti Wakiman sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu berkuatkua­sa Isnin depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal berkata, penyerahan tugas itu berlaku berikutan tamatnya perkhidmat­an Sukarti dalam perkhidmat­an awam setelah berkhidmat selama lebih daripada 40 tahun.

“Tidak dinafikan beliau telah memberikan sumbangan yang besar dalam perkhidmat­an negeri dan kita akan sentiasa mengenang segala jasa yang telah diberikan itu.

“Beliau seorang yang menghormat­i dan taat setia kepada perkhidmat­an negeri dan amalan itu penting bagi memastikan perjalanan pentadbira­n negeri berjalan lancar,” katanya ketika dalam Majlis Penyerahan Nota Tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, kakitangan perkhidmat­an awam perlu terus menunjukka­n sikap hormat kepada Sukarti walaupun sudah bersara kerana sumbangan yang diberikan kepada negeri sangat besar.

Dalam pada itu, Shafie turut menjelaska­n Hashim perlu bersedia untuk memikul tanggungja­wab berat serta cabaran besar menanti dalam pentadbira­n negeri yang baharu ini.

“Tidak dinafikan tanggungja­wab yang bakal menanti adalah besar,” katanya.

Shafie yang juga Menteri Kewangan berharap imej perkhidmat­an awam akan bertambah baik dan lebih cemerlang dalam memberikan khidmat kepada rakyat.

 ??  ?? SHAFIE (tengah) menyaksika­n Sukarti (kiri) menyerahka­n nota tugas kepada Hashim.
SHAFIE (tengah) menyaksika­n Sukarti (kiri) menyerahka­n nota tugas kepada Hashim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia