Utusan Borneo (Sabah)

Beku akaun bank keluarga Najib bukan balas dendam

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan keluarga Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pembekuan akaun bank mereka adalah tindakan balas dendam.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata dakwaan itu adalah satu tuduhan dan keluarga bekas perdana menteri itu boleh membawa kes tersebut ke mahkamah jika mereka tidak berpuas hati.

“Kita nak balas dendam apa? Yang dia buat dulu lebih daripada itu kita tak merungut.

“Semua kawan-kawan saya dihalau tak beri berkawan dengan saya, pembekuan akaun mereka dilakukan, kita tak merungut.

“Ini adalah tuduhan, dia boleh tuduh apa, dia salah. Kalau dia kata (pembekuan akaun) ini salah, mereka boleh bawa ke mahkamah,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini pada Jumaat.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan keluarga Najib bahawa pembekuan akaun mereka dilakukan sebagai tindakan membalas dendam. Anak perempuan Najib, Nooryana Najwa sebelum ini memuat naik luahan mengenai pembekuan akaun miliknya dan anak lelakinya berusia 10 bulan menerusi posting sosial Facebook bernama ‘Malaysians for Civil Liberty’.

Bagaimanap­un, pada Khamis Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Azam Baki menafikan dakwaan akaun bank milik cucu bekas perdana menteri itu turut dibekukan ekoran siasatan terhadap 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

 ?? GambarBern­ama ?? DR Mahathir semasa sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Jumaat. Turut sama Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan...
GambarBern­ama DR Mahathir semasa sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Jumaat. Turut sama Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia