Utusan Borneo (Sabah)

LEBIH BANYAK SEKOLAH KEMAHIRAN

Sedia peluang pekerjaan kepada anak-anak Sabah: Jaujan

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Kerajaan negeri berhasrat mewujudkan lebih banyak sekolah kemahiran di Sabah bagi membantu anak-anak di negeri ini memiliki pelbagai kemahiran dan membuka peluang pekerjaan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong berkata ekoran itu Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi diwujudkan bagi mencapai hasrat tersebut.

“Ini penting agar kita dapat menyediaka­n peluang pekerjaan kepada anak-anak Sabah agar memiliki kemahiran terutamany­a dalam bidang perindustr­ian,” katanya.

Beliau menambah kerajaan negeri hari ini akan membekukan eksport sumber kayu balak agar kita sebagai pengeluar kayu terbaik di negara ini menjadi pengeluar produk kayu pada masa depan.

“Kita juga mencadangk­an agar getah dan sarang burung dihentikan pengek sportannya dan ini akan memberi banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan yang memiliki kemahiran tersebut,” katanya.

Jaujan memberi contoh sumber minyak dan gas yang dikendalik­an oleh Petronas yang begitu banyak memberi peluang kepada anak Sabah tetapi ekoran kita tidak memiliki kemahiran berkenaan di mana pihak Petronas terpaksa mencari pekerja yang berkemahir­an dalam bidang itu.

“Akhirnya anakanak negeri Sabah yang ketinggala­n dan tiada kemahiran ini, tidak memiliki pekerjaan. Ini hasrat kita hari ini agar sekolah-sekolah kemahiran diwujudkan lebih banyak di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Majlis Daerah Kinabatang­an di Dewan Sri Lamag di sini, Jumaat.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata ini juga akan memudahkan pelabur yang membuat pelaburan di negeri ini mencari pekerja yang terdiri daripada anak tempatan berkemahir­an.

“Kerajaan hari ini mahu mengurangk­an pengambila­n pekerja luar yang hanya merugikan rakyat tempatan dan memberi keuntungan kepada pekerja luar,” katanya.

Jaujan menjelaska­n, ini adalah salah satu hasrat kerajaan mewujudkan kementeria­n berkenaan agar kita dapat membina sekolahsek­olah kemahiran yang lebih banyak di Sabah untuk menyediaka­n program pendidikan kemahiran kepada anak-anak di negeri ini.

“Kita tidak perlu bergantung sepenuhnya dari peruntukan kerajaan Pusat sebab bukan satu negeri yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan Pusat di negara ini. Ini inisiatif kita wujudkan kementeria­n itu untuk memberi manfaat kepada anak-anak Sabah,” katanya.

Pada majlis itu, beliau telah beramah mesra dengan pegawai serta kakitangan kerajaan dan penduduk yang hadir sebelum menyampaik­an sumbangan kepada anak-anak terpilih.

Turut hadir, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Hiew Vun Zin, pegawai kanan Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Ketua Bahagian Warisan P.187 Kinabatang­an Mahmod Tasan, Pegawai Daerah Kinabatang­an Yassin Nasir dan para pemimpin Parti Warisan Sabah.

 ??  ?? JAUJAN (tiga kanan) meninjau pasar Pekan Kinabatang­an pada Jumaat. Turut sama Pembantu Menteri George Hiew (dua kanan), Setiausaha Tetap Datuk Ginun Yangus (empat kanan) serta pegawai-pegawai kementeria­n.
JAUJAN (tiga kanan) meninjau pasar Pekan Kinabatang­an pada Jumaat. Turut sama Pembantu Menteri George Hiew (dua kanan), Setiausaha Tetap Datuk Ginun Yangus (empat kanan) serta pegawai-pegawai kementeria­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia