Utusan Borneo (Sabah)

Langkah awal atasi isu penyeludup­an migran

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau menggesa langkah pencegahan awal diambil dari negara itu untuk memastikan isu penyeludup­an migran ke negara ini tidak terus berleluasa.

Malah, pihak berkuasa di Indonesia disaran meningkatk­an lagi kerjasama dengan pihak berkuasa di negara ini, khususnya di Tawau untuk membantera­s kegiatan terbabit.

Gesaan itu dibuat berikutan kegiatan kumpulan sindiket penyeludup­an migran yang dipercayai lebih agresif dalam menjalanka­n modus operandi mendekati kumpulan sasar.

Ketua Perwakilan KRI Tawau Suslijo Djati Ismojo (gambar) percaya pihak berkuasa Indonesia perlu lebih agresif dalam usaha untuk menangani isu berkenaan daripada terus berlarutan.

“Kita berharap seluruh Warga Negara Indonesia (WNI) yang akan berangkat ke Malaysia tidak menggunaka­n jalur pintu masuk yang bukan rasmi,” katanya di sini pada Jumaat.

Djati berkata demikian sebagai mengulas penyertaan wakil

KRI Tawau ke majlis Perbincang­an Kumpulan Berfokus (FGD) di Kantor Imigasi Kelas II Nunukan, Kalimantan Utara (Kaltara).

KRI Tawau diwakili Koordinato­r Perlindung­an WNI dan Bahagian Hubung Indonesia Vara Dwikhandin­i, Staf Teknis Imigrasi KRI Tawau Hubertus Hence Marbun, LO Polri KRI Tawau Ahmad Fadhilan dan ILO Tentera Nasional Indoneisa Ronaldo Konstantin.

Mengulas lanjut, Djati berkata FGD itu diadakan bertujuan membincang­kan hal-hal berkaitan usaha pihak berkuasa Indonesia menangani isu jalur tidak sah ke negara ini.

“Kita mengingatk­an kepada semua WNI di Malaysia supaya mentaati peraturan (undang-undang) di Indonesia dan negara ini melalui‘ sosialis asi sosialis asi ,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa Nunukan ada memaklumka­n bahawa Operasi Mega III sepanjang Julai tahun ini dilancarka­n sebagai langkah penguatkua­saan menangani isu itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia