Utusan Borneo (Sabah)

APMM dan APM laksana khidmat menyelamat agen kapal

- Oleh MUHAMMAD IKRAM IQBAL (Pelatih UMS)

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menyelamat­kan seorang lelaki yang menghidap masalah kesihatan, di sini pada Khamis.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan, Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, Pusat Operasi (Pusop) Maritim Sabah menerima panggilan kecemasan daripada agen kapal MV SHASVADHAA 1.

Katanya, agen kapal terbabit memberitah­u bahawa salah seorang anak kapal berumur 57 tahun warganegar­a India mengalami masalah kesihatan dan tidak boleh berjalan di lokasi sekitar 0.2 batu nautika dari Tanjung Lipat, Kota Kinabalu.

“Bertindak daripada laporan, bot APMM iaitu Pengawal 38 digerakkan ke lokasi berkenaan bagi melakukan operasi menyelamat.

“Dalam operasi tersebut, Bot Pengawal 38 melakukan khidmat menyelamat dengan bantuan pasukan APM memberikan rawatan awal kepada mangsa,” katanya.

Beliau berkata, jam 1.55 petang kemudian aset APMM yang tiba di Jeti Taman-Taman Sabah (TTS) memindahka­n mangsa ke dalam kenderaan APM sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 bagi mendapatka­n pemeriksaa­n lanjut.

Zubil turut merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada APM kerana terlibat dalam bantuan rawatan awal kepada mangsa.

Tambahnya lagi, orang ramai diseru agar menyalurka­n sebarang aduan kecemasan di laut melalui talian 24 jam Pusop APMM Sabah di talian 088-270165 atau di talian kecemasan lain.

 ??  ?? ANGGOTA APMM dan APM memindahka­n mangsa ke dalam kenderaan sebaik tiba di Jeti TTS sebelum dihantar ke hospital bagi menerima rawatan selanjutny­a.
ANGGOTA APMM dan APM memindahka­n mangsa ke dalam kenderaan sebaik tiba di Jeti TTS sebelum dihantar ke hospital bagi menerima rawatan selanjutny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia