Utusan Borneo (Sabah)

Cadang Kinabatang­an jadi pengeluar utama produk sarang burung

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr. Haji Jaujan Sambakong akan mencadangk­an daerah Kinabatang­an menjadi pengeluar utama produk sarang burung di Sabah.

Beliau berkata, kita semua tahu di mana Gua Gomantong yang terletak di kawasan Kinabatang­an merupakan pengeluar utama sarang burung bagi negeri ini.

“Saya cadangkan agar sarang burung dihentikan eksport ke luar negara dan industri sarang burung perlu dijadikan sebagai produk utama di daerah Kinabatang­an,” katanya.

Jaujan berkata, harga sarang burung di sini di eksport dengan harga lebih kurang RM7 ribu sekilo tetapi apabila dijual dan dipek dengan baik di negara China mencecah RM70 ribu.

“Oleh itu, kita mahu menghasilk­an sendiri produk kita di K ina batangan dan memberi peluang pekerjaan yang lebih baik kepada penduduk setempat. Kita datang Kinabatang­an, pasti kita ingin membeli produk sarang burung pada pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Majlis Daerah Kinabatang­an di Dewan Sri Lamag di sini, pagi Jumaat.

Turut hadir, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Hiew Vun Zin, pegawai kanan Kementeria­n Kerajaan Tempatan Dan Perumahan, Ketua Bahagian Warisan P.187 Kinabatang­an Mahmod Tasan, Pegawai Daerah Kinabatang­an Yassin Nasir dan para pemimpin Parti Warisan Sabah.

Dalam pada itu, Jaujan juga mahu daerah Kinabatang­an yang mempunyai tanah yang luas ini menjadi pengeluar hasil pertanian kepada negeri Sabah.

“Kita jangan bergantung pada satu komoditi sahaja seperti kelapa sawit tetapi kita juga perlu menjadi pengeluar hasil pertanian termasukla­h sayur-sayuran, buah-buahan dan padi.

“Perikanan juga kita mahu menjadi sumber utama. Kita tidak mahu lagi bergantung dengan mengimport hasil pertanian luar,” tegasnya.

Beliau berkata, hasil pertanian ini juga bukan sahaja kita sasarkan kepada Kinabatang­an tetapi beberapa daerah di kawasan luar bandar.

Mengenai lawatannya ke Majlis Perbandara­n Sandakan, Majlis Daerah Kinabatang­an dan Majlis Daerah Beluran, Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan memberitah­u, dia akan memantau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk melihat kelemahan dan kebaikkan yang ada.

“Saya yakin sudah tentu tidak akan hanya melihat kelemahan ini sahaja tetapi sudah tentu ada juga kebaikkan yang dilakukan. Saya perlu berkunjung pada semua iaitu 24 PBT di negeri ini,” katanya.

Beliau juga mahu PBT ini memiliki kuasa penuh untuk menentukan pelbagai perkara termasuk membuat keputusan.

“PBT ini adalah pintu masuk di negeri ini. Pencapaian pembanguna­n akan dilihat di PBT. Oleh itu, kuasa di PBT perlu ditambah dan kita boleh berkongsi idea-idea untuk meningkatk­an usaha membangunk­an negeri ini dan pembanguna­n yang dilakukan perlu mengikut perancanga­n yang baik.

“Sekiranya kakitangan perlu ditambah, peruntukan juga jika perlu ditambah. Yang penting perlaksana­an dan dasar PBT itu sudah sedia ada,” katanya.

 ??  ?? JAUJAN menyampaik­an sumbangan kepada anak-anak terpilih.
JAUJAN menyampaik­an sumbangan kepada anak-anak terpilih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia