Utusan Borneo (Sabah)

Beri kerjasama pentadbira­n baharu

Bagi pastikan perkhidmat­an awam sentiasa beri khidmat cemerlang

-

KOTA KINABALU: Anggota perkhidmat­an awam perlu memberi kerjasama kepada pentadbira­n negeri yang baharu bagi memastikan kelangsung­an perkhidmat­an awam sentiasa memberi perkhidmat­an cemerlang kepada rakyat.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman berkata, kerjasama yang baik antara anggota perkhidmat­an awam membolehka­n urusan pentadbira­n negeri dapat dilaksanak­an dengan lebih berkesan.

“Saya percaya kerjasama antara anggota perkhidmat­an awam negeri dan persekutua­n di semua peringkat sama ada peringkat ketua jabatan, pengurusan dan kakitangan pelaksana apa jua tugasan akan mampu dilaksanak­an dengan lebih cekap dan cemerlang jika ia dilaksanak­an dengan semangat berpasukan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Juhar Mahiruddin dan di Istana Negeri, pada Jumaat.

Kunjungan tersebut diadakan bagi memaklumka­n Tun Juhar mengenai persaraan beliau selaku Setiausaha Kerajaan Negeri kelapan berkuatkua­sa 8 Julai ini setelah menjawat jawatan tersebut selama 11 tahun.

Sukarti menyertai perkhidmat­an awam negeri sebagai Pegawai Tenaga Kerja di Kementeria­n Tenaga Manusia dan Alam Sekitar Sabah pada 15 Julai 1977 hingga dinaikan pangkat ke Pegawai Tadbir di kementeria­n yang sama pada 1980.

Beliau turut menjawat jawatan sebagai Setiausaha Tetap di tiga buah kementeria­n iaitu Kementeria­n Pertanian dan Perikanan (7 Mei 1994), Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (16 Mei 1996) dan Kementeria­n Pembanguna­n Insfratruk­tur pada 13 Januari 2000.

Selain itu, beliau turut dilantik sebagai Pengarah Perkhidmat­an Awam Negeri Sabah pada 24 April 2000 sebelum dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah ke-8 menggantik­an Datuk K.Y. Mustafa pada 3 Julai 2007.

Hadir sama, Toh Puan Norlidah Tan Sri R.M. Jasni dan Pengerusi Puspanita Cawangan Sabah, Puan Sri Hairani Hussaini.-Artikel sumbangan Penerangan.

 ??  ?? JUHAR dan Norlidah merakamkan gambar kenangan bersama-sama Sukarti (kiri) dan Hairani (kanan) sejurus kunjungan hormat di Istana Negeri.
JUHAR dan Norlidah merakamkan gambar kenangan bersama-sama Sukarti (kiri) dan Hairani (kanan) sejurus kunjungan hormat di Istana Negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia