Utusan Borneo (Sabah)

Penggangur didakwa melakukan kesalahan seksual

-

KOTA KINABALU: Seorang penggangur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan melakukan kesalahan seksual terhadap anak buahnya.

Tertuduh berusia 34 tahun yang berhadapan pemenjaraa­n selama 20 tahun, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Indra Hj Ayub.

Mengikut pertuduhan pindaan, tertuduh membuatkan mangsa yang berusia sembilan tahun memegang kemaluanny­a.

Kesalahan dilakukan pada 4 Jun jam 7 malam hingga jam 7.30 malam, di sebuah rumah kampung, daerah Ranau.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dihukum mengikut Seksyen 16 (1) akta sama.

Selain pemenjaraa­n, boleh disebat dan sebagai tambahan mengikut Seksyen 16 (1) akta sama, penjara selama tempoh lima tahun dan tidak kurang dua sebat.

Ketika prosiding, tertuduh menyatakan alibinya bahawa tidak berada di rumah pada tarikh kejadian.

“Saya berada di kebun, lepak bersama Nani dan bapa budak itu (mangsa),” katanya.

Ketika mahkamah menyoal dan menerangka­n saksi-saksi terbabit akan dipanggil, tertuduh menyatakan dua individu berkenaan tidak turut serta ke kebun.

“Saya hanya bercakap dengan mereka di tengah perjalanan, selepas itu saya berjalan sendiri ke kebun,” katanya.

Menjawab soalan lanjut, tertuduh akhirnya memberitah­u, selepas kejadian itu, tertuduh lari ke kebun kerana takut dipukul penduduk kampung.

Indra menasihatk­an tertuduh yang tidak diwakili peguam mencari khidmat guaman, ketika perbicaraa­n dijalankan.

Mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 14 Ogos dan tarikh perbicaraa­n pada 17 hingga 19 Oktober, terhadap tertuduh.

Sementara menunggu kes selesai, tiada jaminan diberikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia