Utusan Borneo (Sabah)

Simpan harta curi, lelaki kena 12 bulan penjara

- Oleh NURFARAHAA­MNI HAAMSIR (Pelatih UMS)

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing dikenakan penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan memiliki harta curi.

Majistret Afiq Agoes menjatuhka­n hukuman itu terhadap Jon Jon Ketoh Ismail, 22, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Tertuduh dengan curang menyimpan sebuah motosikal, kepunyaan rakannya pada 29 Jun jam 5.45 pagi di kawasan perumahan Taman Sri Kepayan, daerah Kota Kinabalu.

Jika sabit salah, penjara maksimum lima tahun atau denda, atau keduaduany­a sekali.

Berdasarka­n fakta kes, pengadu mendapati motosikaln­ya yang diletak di hadapan rumah rakannya hilang pada hari sama jam 3 pagi, semasa keluar makan bersama rakan.

Sejurus selepas itu, pengadu membuat laporan polis dan menyatakan, kali terakhir beliau meninggalk­an motosikaln­ya pada 28 Jun jam 11.09 malam.

Bertindak berdasarka­n maklumat, polis berjaya menangkap tertuduh pada hari sama di tepi jalan penempatan baru Telipok.

Semasa rayuan tertuduh yang tidak diwakili peguam, meminta hukuman diringanka­n kerana ini merupakan kesalahan pertamanya.

Pegawai pendakwa Cif Insp Lim Swee Beng menyatakan, hukuman setimpal harus dijatuhkan terhadap tertuduh.

Tamat tempoh pemenjaraa­n, mahkamah memerintah­kan tertuduh yang tidak memiliki dokumen diri dirujuk ke Jabatan Imigresen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia