Utusan Borneo (Sabah)

Dua pencuri larikan beg tangan peniaga ditahan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan selepas melarikan beg tangan peniaga wanita di kedai buah-buahan berhampira­n sebuah restoran di Sembulan Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, keduadua suspek berumur 21 dan 44 tahun ditahan dalam dua siri tangkapan berasingan.

“Kejadian dikesan selepas mangsa melihat seorang lelaki keluar dari kedainya dalam keadaan tergesa-gesa dan memegang sesuatu di dalam jaket yang dipakainya kirakira jam 9 pagi.

“Mangsa yang mengesyaki tindakan suspek segara memeriksa kawasan kedainya sebelum mendapati beg tangan yang diletakkan di dalam kotak bawah meja sudah hilang,” katanya.

Chandra berkata, mangsa kemudianny­a menjerit meminta pertolonga­n sementara suspek berlari masuk ke dalam kereta di tepi jalan lalu beredar dari lokasi kejadian.

“Kejadian menyebabka­n mangsa kerugian R M 1,000 dan beberapa barangan berharga termasuk kad pengenalan mangsa dan anaknya serta kad bank turut dilarikan suspek,” katanya.

Menurutnya, bertindak

ANTARA barangan yang dirampas daripada suspek.

daripada kejadian dua suspek termasuk lelaki yang berasal dari Sarawak ditahan di Tanjung Aru dan Kinarut.

“Polis turut merampas sebuah kereta jenis kompak, dua telefon bimbit, bag serta kad pengenalan seorang lelaki berumur 82 tahun.

“Kedua-dua lelaki yang positif dadah mempunyai rekod kesalahan lampau termasuk enam kesalahan dadah sejak 2005 hingga 2015 selain jenayah curi dan pecah bangunan,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek direman sehingga 8 Julai dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia