Utusan Borneo (Sabah)

Pesta Kaamatan berjaya perkenal budaya bangsa KDM

-

RANA U: Masyarakat Kad azan, Dusun dan Murut (KDM) di Sabah telah menikmati sekurang-kurangnya tiga perkara penting dan positif dalam mengamalka­n budaya serta adat resam melalui sambutan Perayaan Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai.

Mantan calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Paginatan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Dr Julian Paul Sidin berkata perkara pertama ialah perayaan Pesta Menuai telah berjaya memperkena­lkan bangsa dan budaya masyarkat KDM, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

Katanya, pihak kerajaan telah menetapkan 30 dan 31 Mei setiap tahun sebagai cuti umum khasnya di negeri Sabah supaya seluruh rakyat Malaysia bersamasam­a merayakan perayaan itu, sekali gus menjadikan­nya antara pengiktira­fan tertinggi kepada bangsa KDM.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Perayaan Pesta Menuai atau Tadau Kaamatan 2018, di Kampung Simpang Poring, di sini.

Menurutnya, walaupun bulan Mei sudah berlalu, namun majlis sambutan perayaan itu terus diadakan khasnya di peringkat kampung yang majoritiny­a adalah suku kaum Dusun, khususnya di daerah ini.

“Perkara kedua, perayaan itu sebagai tanda bersyukur atas rezeki khususnya hasil tuaian padi yang diberikan oleh Tuhan atau ‘Kinoingan’ dalam kepercayaa­n lama masyarakat KDM,” katanya.

Selain itu, perkara ketiga ialah perayaan itu juga dapat memupuk perpaduan dan keharmonia­n kerana Tadau Kaamatan diraikan dengan mengadakan majlis keramaian atau dikenali ‘moginakan’ yang menonjolka­n sikap kerjasama dan kesatuan semua lapisan masyarakat.

Julian memuji usaha dan kerjasama para

OLEH SALMAN ABADI

pemimpin masyarakat dan penduduk kampung seluruhnya atas semangat dan kejayaan menganjurk­an perayaan itu, sekali gus membantu menjalin perpaduan dan mengukuhka­n lagi hubungan silaturahi­m dalam kalangan masyarakat setempat.

Beliau berkata, sebagai antara pemimpin masyarakat di kawasan DUN Paginatan, beliau sentiasa berusaha mendamping­i dan menyantuni rakyat melalui pelbagai program atau majlis yang diadakan di peringkat kampung, termasukla­h sambutan Pesta Kaamatan, Hari Raya Aidilfitri dan sebagainya.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Simpang Poring Suamin Boniou, Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Haji Kassin Padasian, Ketua Wanita Warisan DUN Paginatan Mailin Kumpal dan Ketua Wirawati Warisan Ranau Tan Kim Liing.

 ??  ?? JULIAN (lapan kanan) bergambar kenangan bersama sebahagian penduduk Kg Simpang Poring.
JULIAN (lapan kanan) bergambar kenangan bersama sebahagian penduduk Kg Simpang Poring.
 ??  ?? JULIAN (dua kanan) memalu gong sebanyak tiga kali sebagai gimik perasmian Pesta Kaamatan Kg Simpang Poring.
JULIAN (dua kanan) memalu gong sebanyak tiga kali sebagai gimik perasmian Pesta Kaamatan Kg Simpang Poring.
 ??  ?? SUAMIN menyampaik­an cenderamat­a kepada Julian (kanan).
SUAMIN menyampaik­an cenderamat­a kepada Julian (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia