Utusan Borneo (Sabah)

Penjara sembilan bulan, memiliki kad IMM13 palsu

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing yang didapati memiliki kad IMM13 palsu, dikenakan penjara sembilan bulan, oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu terhadap Alsebar Talip, selepas mengaku salah mengikut seksyen 56 (1)(I) Akta Imigresen 1956/63.

Tertuduh ditahan semasa polis mengadakan operasi di Jalan Tuaran Manggatal, di sini, pada 26 Jun jam 11.30 malam.

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda maksimum RM10,000 atau penjara selama tempoh lima tahun, atau kedua-duanya.

Siasatan lanjut yang dilakukan menunjukka­n, tertuduh tidak mempunyai dokuman diri yang sah untuk tinggal di negara ini.

Pemeriksaa­n yang dilakukan dengan Jabatan Imigresen, mengesahka­n tertuduh memiliki kad IMM13 palsu.

Dalam kes berasingan, 18 warga asing antaranya tiga wanita dikenakan penjara empat bulan hingga lima bulan, kerana tinggal di negara ini secara haram.

Mereka yang berusia antara 20 tahun hingga 40 tahun, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku salah mengikut Seksyen 6 (1) (c) akta sama.

Semua tertuduh ditangkap polis di beberapa kawasan daerah yang berbeza, Penampang, Ranau dan Papar, antara 26 Jun hingga 1 Julai.

Sebahagian tertuduh juga dikenakan satu sebatan, dikecualik­an pesalah wanita dan mereka yang berusia 20 tahun.

Tamat tempoh hukuman, semua tertuduh diperintah­kan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

 ??  ?? KERETA yang dirampas semasa penahanan suspek.
KERETA yang dirampas semasa penahanan suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia