Utusan Borneo (Sabah)

Pewujudan Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi bertujuan memantapka­n sistem pendidikan negeri

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Pewujudan Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi adalah satu lonjakan paradigma untuk mengubah serta memantapka­n sistem pendidikan di Sabah.

Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang berkata, perkara itu diperlukan kerana sistem pendidikan di Sabah agak ketinggala­n jika dibandingk­an dengan negeri-negeri lain dalam negara ini.

“Kita sedar bahawa dunia pendidikan mengalami banyak perubahan dari semasa ke semasa, peluang pendidikan yang ada harus digunakan sepenuhnya bagi menguasai ilmu, kemahiran dan membina personalit­i cemerlang.

“Pendidikan adalah bidang dinamik serta penuh cabaran di mana ia menuntut perancanga­n strategik yang teliti dan pragmatik, kos yang besar serta jentera pelaksana cekap,” katanya ketika merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri

(tiga kiri) meninjau gerai-gerai yang ada ketika di majlis itu.

Maktab Sabah 2018, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, pendidikan juga terdedah dan terpengaru­h dengan tuntutan perubahan selaras perkembang­an global serta serantau.

Katanya, penubuhan kementeria­n itu diharapkan dapat melonjakka­n peningkata­n akademik dalam kalangan pelajar seterusnya mampu melahirkan modal insan yang boleh bersaing pada peringkat antarabang­sa.

Jenifer yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Moyog turut menyeru kepada semua warga sekolah agar melupakan semua perselisih­an dan persengket­aan seterusnya menjalinka­n persaudara­an serta perpaduan yang sedia terjalin.

Katanya, perbezaan pendapat sentiasa berlaku ialah lumrah dan hendaklah dimanfaatk­an sebagai percambaha­n fikiran bagi memilih segala yang terbaik.

 ??  ?? JENIFER (enam kiri) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu pada majlis itu.
JENIFER (enam kiri) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu pada majlis itu.
 ??  ?? JENIFER
JENIFER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia