Utusan Borneo (Sabah)

Anwar dicadang tandingi jawatan presiden PKR

-

GEORGE TOWN: Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Dr Afif Bahardin mencadangk­an Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding jawatan presiden parti itu pada pemilihan parti kali ini.

Katanya beliau percayai semua anggota PKR akan memberi sokongan penuh kepada Anwar jika bekas anggota Parlimen Permatang Pauh itu bertanding sebagai presiden parti.

“Saya rasa yang terbaik bertanding sebagai presiden PKR pada pemilihan yang dijadual berlangsun­g pada Ogos dan September ini ialah Datuk Seri Anwar kerana ini masanya untuk beliau kembali aktif dalam parti dan politik serta menjadi presiden dan seterusnya perdana menteri ke-8,” katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Pada masa ini PKR diterajui oleh Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri Anwar.

Selepas pembebasan pertama Anwar daripada penjara, Kongres PKR pada 2007 bersetuju melantik beliau sebagai ketua umum namun terikat larangan aktif dalam politik selama lima tahun kerana dipenjarak­an selepas disabitkan kesalahan.

Bagaimanap­un untuk pemenjaraa­n kali kedua, beliau mendapat pengampuna­n penuh Yang di-Pertuan Agung yang membolehka­nnya aktif berpolitik serta-merta.

Sementara itu, Dr Afif yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembanguna­n Luar Bandar Pulau Pinang berkata pemilihan parti kali ini juga sangat penting bagi PKR untuk meletakkan kedudukann­ya sebagai sebuah parti yang memerintah iaitu parti kerajaan.

Katanya pemimpin PKR juga perlu pastikan dan sediakan parti itu untuk ke depan terutamany­a dalam mengharung­i suasana politik negara ketika ini.

“Saya belum ambil apa-apa keputusan lagi untuk bertanding manamana jawatan dan tarikh akhir untuk penamaan calon (bagi bertanding) ialah 29 Julai ini...c uma saya lihat pemilihan kali ini adalah penting untuk PKR meletakkan parti itu sebagai sebuah parti yang ke depan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia