Utusan Borneo (Sabah)

Petugas media masih tumpu langgak duta rakam pergerakan Najib

-

KUALA LUMPUR: Media masih lagi memberi tumpuan kepada pergerakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluargany­a, apabila terus menunggu di sekitar laluan masuk ke kediamanny­a di Langgak Duta di sini untuk melaporkan perkembang­an terkini.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa pengamal media khususnya jurugambar menunggu di kawasan berhampira­n kediaman Najib yang dikawal anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk merakam pergerakan bekas perdana menteri itu.

Polis juga masih menempatka­n balai polis bergerak dan mengawal ketat kediaman Najib dengan memeriksa setiap kenderaan yang keluar masuk ke laluan itu.

Pada 1.15 tengah pada Jumaat, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire berwarna putih diiringi kereta polis dan sebuah motosikal peronda polis dilihat keluar dari kediamanny­a dipercayai membawa Najib ke masjid berhampira­n untuk menunaikan solat Jumaat.

Jumlah petugas media yang menunggu itu, bagaimanap­un kecil dan tidak seramai sebelum ini. Ada juga petugas media yang datang sesekali melakukan tinjauan berkala.

Pergerakan Najib terus menjadi perhatian media sejak Selasa apabila beliau ditahan SPRM dan keesokanny­a dihadapkan ke mahkamah di sini bagi menghadapi pertuduhan berhubung dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd.

Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgu­nakan jawatannya, berhubung dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd. berjumlah RM42 juta. SRC Internatio­nal ialah bekas anak syarikat 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).-Bernama

 ??  ?? KENDERAAN pelbagai guna jenis toyota Vellfire berwarna putih dipercayai membawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak keluar dari kediamanny­a di Langgak Duta pada 1.15 tengah hari untuk menunaikan solat Jumaat di surau berhampira­n pada Jumaat.
KENDERAAN pelbagai guna jenis toyota Vellfire berwarna putih dipercayai membawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak keluar dari kediamanny­a di Langgak Duta pada 1.15 tengah hari untuk menunaikan solat Jumaat di surau berhampira­n pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia