Utusan Borneo (Sabah)

Operasi kesan mengsa diteruskan

Tragedi bot pancung karam catat 10 kematian setakan ini

-

“Operasi memasuki hari kelima itu ditumpukan dari perairan Pulau Besar, Mersing hingga perairan Tanjung Penyusup, Pengerang, ” dekat Kota Tinggi. KAPTEN MARITIM SANIFAH YUSOF

JOHOR BAHRU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi pendatang asing tanpa izin yang menjadi mangsa bot pancung karam di perairan Kota Tinggi pada Isnin lepas, diteruskan hari ini dengan melibatkan kawasan pencarian seluas 900 batu nautika.

Timbalan Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor Kapten Maritim Sanifah Yusof berkata operasi memasuki hari kelima itu ditumpukan dari perairan Pulau Besar, Mersing hingga perairan Tanjung Penyusup, Pengerang, dekat Kota Tinggi.

“Operasi SAR hari ini membabitka­n lapan aset laut dengan kekuatan 150 orang termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Darat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.

Sanifah berkata operasi pencarian turut dilakukan di pesisir pantai berdekatan lokasi kejadian.

Beliau berkata sehingga kini tragedi itu mencatatka­n 10 kematian iaitu enam lelaki dan empat wanita dengan terbaharu penemuan mayat dua wanita pada 8.15 pagi dan 4 Timbalan Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor petang Khamis, berhampira­n Pulau Tinggi, Mersing.

Berdasarka­n penemuan semalam itu, jumlah keseluruha­n mangsa yang ditemui ialah seramai 35 orang dengan 25 ditemui masih hidup (24 lelaki, satu perempuan), 10 meninggal dunia (enam lelaki, empat perempuan) manakala sembilan lagi dipercayai masih hilang,” katanya.

Isnin lepas, seorang wanita lemas manakala 25 selamat selepas bot pancung dipercayai membawa masuk pendatang asing tanpa izin dari Batam, Indonesia itu karam kira-kira 12 tengah malam di perairan Tanjung Punggai, dekat Kota Tinggi.

Dipercayai seramai 44 orang berusia dalam lingkungn 20-an hingga 40-an termasuk tekong menaiki bot terbabit yang karam di kedudukan kira-kira 5.2 batu nautika dari perairan Tanjung Punggai akibat lebihan muatan dan cuaca buruk.

 ??  ?? JAIYA (tiga, kiri) dan Ketua Penolong Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Melaka, Noorhafiza­h Ibrahim (dua kiri) menunjukka­n produk makanan yang dirampas kerana menggunaka­n logo halal tidak sah.
JAIYA (tiga, kiri) dan Ketua Penolong Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Melaka, Noorhafiza­h Ibrahim (dua kiri) menunjukka­n produk makanan yang dirampas kerana menggunaka­n logo halal tidak sah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia