Utusan Borneo (Sabah)

Barangan lebih RM300,000 babitkan 153 kes dirampas

-

MELAKA: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka merampas barangan bernilai RM321,873.97 membabitka­n 153 kes dalam tempoh 1 Jan lepas hingga pada Khamis.

Pengarahny­a Jaiya Abu berkata daripada jumlah tersebut 98 kes dikenakan tindakan kompaun RM22,050, manakala denda berjumlah RM88,400 dikenakan terhadap pelbagai kesalahan melibatkan tujuh akta di bawah kementeria­n itu.

Katanya kes tertinggi yang direkodkan adalah di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 iaitu sebanyak 49 kes, Akta Timbang dan Sukat 1972 (42 kes), Akta Perihal Dagangan 2011 (38 kes), Akta Perlindung­an Pengguna 1999 (11 kes), Akta Kawalan Bekalan 1961 (tujuh kes), Akta Sewa Beli 1967 (lima kes) dan Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993 (satu kes).

“KPDNHEP negeri Melaka telah melakukan pemeriksaa­n di 15,467 premis di seluruh negeri itu dalam tempoh sama, dan 411 aduan telah diterima,” katanya kepada pemberita pada Program Pelaksanaa­n Pelupusan Eksibit di sini, pada Jumaat.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Noorhafiza­h Ibrahim dan Ketua Pegawai Penguatkua­saan KPDNHEP negeri Melaka Azeem Nazuri.

Pada program berkenaan pelbagai barang rampasan termasuk DVD cetak rompak, barangan tiruan dan tilam jed melibatkan 14 kes di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993 dilupuskan melibatkan nilai rampasan berjumlah RM248,782.40.

Jaiya berkata kes terbaru dikesan melibatkan penggunaan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tanpa kelulusan sah dan serbuan dilakukan anggotanya serta JAIM di sebuah kilang membuat makanan di Merlimau kira-kira 12 tengah hari Khamis.

Beliau berkata 10 produk makanan pelbagai jenama dirampas antaranya Claypot Yee Mee, Kentucky Black Pepper Flavor, Kentucky All Purpose Seasoned Flavor, Choco Crunch, Honey Star Crackers dan Mee Suah Traditiona­l selain label produk berkenaan yang mempunyai logo Halal tidak sah bernilai RM5,052.72.

Katanya kes itu disiasat di bawah Perintah 8 (b) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 kerana membekal atau menawarkan apa-apa makanan, barangan atau perkhidmat­an yang berhubung dengan makanan atau barang yang bertentang­an dengan perintah itu.

Sementara itu, Noorhafiza­h berkata kilang tersebut sebelum ini mempunyai Sijil Pengesahan Halal Jakim bagi tempoh 1 Dis 2016 hingga 30 Nov 2018 namun hasil pemeriksaa­n dijalankan Bahagian Pengurusan Halal JAIM pada 17 April lepas mendapati kilang berkenaan tidak mematuhi piawaian pensijilan halal yang ditetapkan.- Bernama

“Adalah di bawah tanggungja­wab Bahagian Pengurusan Halal untuk melakukan pemantauan terhadap syarikat yang telah menerima Sijil Pengesahan Halal bagi memastikan peraturan pensijilan halal yang ditetapkan dipatuhi. Bagi syarikat berkenaan, sijil mereka telah ditarik semula pada 8 Jun lepas,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia