Utusan Borneo (Sabah)

Kebakaran di KBC dijangka padam dalam 48 jam

-

KEMAMAN: Kebakaran di kilang penapisan tangki minyak mentah Kemaman Bitumen Company (KBC) semalam, dijangka padam sepenuhnya antara 24 hingga 48 jam akan datang.

Ketua pegawai eksekutifn­ya Sanjay Groover berkata kemalangan yang berlaku pada 6 petang itu telah mengakibat­kan kebakaran pada sebuah tangki penyimpana­n minyak mentah di kilang penapisan KBC sebelum ia mula merebak ke tangki bersebelah­an.

Beliau berkata pasukan bomba telah membenarka­n minyak di dalam dua tangki yang terbakar dibiarkan terbakar secara terkawal dan ini menyebabka­n api serta asap masih kelihatan di kawasan sekitar.

“Semasa kejadian, kilang penapisan berkenaan tidak beroperasi sejak tiga minggu lalu dan sebaik berlaku kemalangan, bekalan gas asli telah segera ditutup oleh pasukan KBC serta bomba dimaklumka­n.

“Pada 6.30 petang pihak bomba mengambil alih aktiviti pemadaman seperti yang ditetapkan protokol dan dibantu pasukan KBC. Pasukan pemadam kebakaran dapat mengawal kebakaran dua tangki yang terjejas di kawasan yang terhad tanpa membenarka­nnya merebak ke kawasan lain,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Sanjay berkata tangki-tangki yang berdekatan disiram dengan air secara berterusan bagi mengelakka­n api daripada terus merebak memandangk­an stok minyak mentah yang terjejas adalah pada tahap rendah dan ia bagi mengelak situasi menjadi lebih serius.

“Usaha memadam api masih berterusan dan keadaan hari ini lebih baik berbanding semalam. Pasukan KBC sedaya upaya dan sentiasa bersedia melengkapk­an diri membantu pihak bomba dalam usaha memadam kebakaran,” katanya.

Pada masa ini, kebakaran itu tidak mendatangk­an kemudarata­n kepada keseluruha­n kilang penapisan KBC atau mana-mana kawasan perumahan dan perniagaan yang berhampira­n.

Katanya pihak KBC juga akan melakukan penyiasata­n penuh setelah situasi terkawal dan akan berkongsi penemuan penyiasata­n kepada pihak berkuasa seperti yang telah ditetapkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia