Utusan Borneo (Sabah)

Bot pelancong karam di Phuket, 1 maut, 56 hilang

-

BANGKOK: Seorang lelaki rakyat China maut dan 56 penumpang lain hilang selepas sebuah bot pelancong karam di perairan yang bergelora di luar pantai pulau pelanconga­n terkenal Phuket di Thailand.

Bot, yang dinamakan Phoenix, membawa seramai 105 penumpang, termasuk 93 pelancong China dan 12 kru Thai serta pemandu pelancong, ketika ia karam, menurut pihak berkuasa kelmarin.

Mereka berkata operasi menyelamat sudah dilancarka­n bagi mencari 56 yang hilang.

“Seorang meninggal dunia, 11 tercedera (dua mengalami kecederaan teruk, lima kecederaan ringan) serta 56 lagi hilang. Kami meneruskan dengan mengumpulk­an satu pasukan untuk mencari mereka,” menurut Jabatan Ke-selamatan Air untuk Jabatan Pelabuhan.

“Seramai 48 berjaya diselamatk­an,” tambahnya.

Pihak jabatan menyatakan seorang lelaki yang mati sudah dikeluarka­n dari air.

Kor Marin Diraja Thai menyatakan dalam satu kenyataan bahawa Phoenix karam kira-kira 7 kilometer dari pantai dan bot itu tenggelam hingga kedalaman kira-kira 38-40 meter.

“Kami akan memeriksa di bahagian bawah bot,” kata pihak Marin.

Kedutaan China di Bangkok menyatakan dalam satu kenyataan bahawa ia sudah meminta kerajaan Thai agar melakukan usaha menyelamat sepenuhnya, serta ia sudah menghantar satu pasukan ke Phuket bagi membantu.

Ia menambah bahawa pihak konsulat China di selatan Thailand sudah mengerahka­n kakitangan­nya ke tempat kejadian untuk membantu rakyatnya.

Serenta, sebuah bot lain yang belayar di kawasan yang sama, juga karam. Kapal layar itu membawa 35 pelancong, lima kru dan seorang pemandu pelancong. Kebanyakan penumpang di dalam kapal layar berjaya diselamatk­an namun dua lagi masih hilang, menurut jabatan tersebut.

Thailand berada di tengahteng­ah musim monsunnya yang bermula pada Mei dan biasanya tamat pada Oktober. Musim monsun selalunya membawa angin kuat hingga ke kawasan pantai dan ribut kilat.

Thailand memiliki rekod keselamata­n bot dan jalan raya yang teruk. Banyak syarikat pelanconga­n mengadu mengenai kurangnya pe-nguatkuasa­an ketika ia melibatkan langkah keselamata­n asas, termasuk tali pinggang keselamata­n di dalam kereta dan jaket keselamata­n di dalam bot.

Lebih 20 maut selepas sebuah bot pelancong yang membawa 150 penumpang karam di bandar purba Ayutthaya di Thailand pada 2016. Pihak berkuasa menyalahka­n kemalangan itu terhadap keadaan yang terlalu penuh dan pengemudia­n yang cuai.

Pelancong China membentuk kumpulan pelancong asing paling besar ke Thailand, dengan jumlah yang meningkat sejak beberapa tahun disebabkan oleh populariti yang bertambah bagi pulau-pulau dan kosmopolit­an di Thailand.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? ANGGOTA penyelamat Thai mengangkat mayat pelancong yang mati lemas selepas sebuah bot karam di luar pantai pulau peranginan Phuket, Thailand, semalam.
— Gambar AFP ANGGOTA penyelamat Thai mengangkat mayat pelancong yang mati lemas selepas sebuah bot karam di luar pantai pulau peranginan Phuket, Thailand, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia