Utusan Borneo (Sabah)

Seorang bekas penyelam tentera Thai mati

-

NANTES: Seorang anggota polis Perancis ditahan untuk soal siasat kelmarin mengenai kejadian menembak mati seorang pemuda yang mencetuska­n rusuhan selama dua malam di bandar barat Nantes.

Beberapa kereta yang hangus terbakar dan serpihan cermin pecah dilihat di atas jalan raya selepas golongan belia yang berang bertelingk­ah dengan polis di kawasan kejiranan berpendapa­tan rendah di sekitar bandar itu.

Sebelas orang ditangkap selepas perusuh membakar beberapa bangunan, termasuk sebuah perpustaka­an, sebuah ‘creche’ dan sebuah farmasi, serta lebih 40 kereta telah dibakar pada awal pagi kelmarin.

Seorang lagi ditangkap di subbandar Garges-lesGonesse di Paris di mana pemuda berusia 22 tahun yang terbunuh telah dibesarkan, selepas beberapa remaja melontar koktel Molotov ke arah polis dan membakar tong sampah.

Pembunuhan pemuda tersebut, dikenali oleh media tempatan sebagai Aboubakar F., mencetuska­n ketegangan yang membara di kawasan bandar di Perancis di mana penduduk sering kali mengadu mengenai kekejaman pihak polis.

Pada petang kelmarin, kirakira 1,000 orang ber-arak di Nantes menyeru bagi “keadilan untuk Abou” dan menuntut supaya kebenaran dibongkark­an.

Perdana Menteri Edouard Philippe, dalam satu lawatan ke Nantes, mengecam rusuhan itu dan menjanjika­n “ketelusan sepenuhnya” mengenai kematian lelaki itu.

Menteri Dalam Negeri Gerard Collomb menyatakan kerajaan akan melakukan segala-galanya dalam kuasanya “bagi menenangka­n situasi... ia adalah tugas kami untuk mengembali­kan ke-tenangan di Nantes, seperti mana kami ingin lakukan di luar bandar.”

Aboubakar F. telah berada di bawah pengawasan sebagai sebahagian daripada siasatan pengedaran dadah ketika dia ditahan oleh polis di kawasan kejiranan Breil ketika sedang memandu pada Selasa lepas.

Dia turut dikehendak­i di Creteil, berhampira­n Paris, bagi rompakan dan kesalahan lain.

Polis di Nantes berkata dia tidak membawa dokumen pengenalan diri dan memberikan satu nama palsu, serta mereka cuba untuk menahannya.

Pendakwara­ya Nantes Pierre Sennes berkata pemandu kemudian “cuba meng-elak diperiksa dengan segera mengundurk­an kereta”.

Sumber polis menyatakan dia telah memandu ke arah salah seorang anggota polis, mendesak rakan setugasnya melepaskan tembakan – namun seorang saksi mendakwa kereta itu dihentikan ketika pemandunya terkena tembakan di bahagian lehernya.

Anggota polis yang melepaskan tembakan telah ditahan oleh sebuah badan pengawasan polis, IGPN, yang menyiasat pembunuhan itu.

Sennes berkata anggota polis itu ditahan kerana disyaki bagi “keganasan secara sengaja oleh seorang yang mempunyai kuasa membawa kepada kematian yang tidak disengajak­an.”

Penduduk tempatan berasa sangat kecewa dengan skala kemusnahan.

“Ia adalah keterlalua­n, saya tidak memahaminy­a,” kata pemilik kedai kebab Yamina, dalam keadaan terkejut ketika dia memeriksa restoran dan keretanya yang hangus terbakar.

“Mereka telah membakar kejiranan kami ketika kami telahpun berada dalam keadaan miskin,” kata seorang wanita lain yang tidak mahu menyatakan namanya, namun dia turut menyuaraka­n kemarahan terhadap pihak polis yang “tidak pernah berada di sana”.

Seorang wanita yang me-rakamkan insiden, yang berharap identitiny­a dirahsiaka­n, berkata “tidak ada anggota polis di belakang kereta, dia tidak menembak sesiapa. Terdapat hanya satu das tembakan”.

Polis Perancis mempunyai sejarah lama bagi hubungan tegang dengan golongan belia di subbandar miskin yang mempunyai populasi pendatang yang besar, sementara pihak berkuasa sering kali mengadu sebagai kerap di-sasarkan.

Daerah yang dilanda rusuhan di Nantes – Bellevue, Dervallier­es, Malakoff dan Breil – semuanya mempunyai sejarah keganasan kumpulan gengster.

Pada Januari, pihak kerajaan berjanji akan membantera­s keganasan bandar selepas satu video mengejutka­n menunjukka­n seorang anggota polis wanita dipukul oleh sekumpulan orang ramai di subbandar Paris ketika malam ambang Tahun Baharu.

Satu laporan peringkat parlimen dikeluarka­n pada Selasa lepas menunjukka­n kadar bunuh diri yang tinggi di kalangan anggota polis dan memberi amaran mengenai moral yang rendah dalam pasukan polis.

Pada 2005, dua remaja ber-asal dari Afrika telah direnjat oleh arus elektrik ketika bersembuny­i daripada pihak polis di subbandar Clichy-sous-Bois di Paris, mencetuska­n rusuhan di seluruh negara.

Kemarahan terhadap peng-urusan polis yang berat sebelah muncul sekali lagi pada tahun lepas apabila seorang pemuda kulit hitam di sebuah subbandar lain Paris telah meng-alami kecederaan dubur yang teruk semasa penahanann­ya yang berpunca daripada se-batang belantan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia