Utusan Borneo (Sabah)

Hujan ‘bersejarah’ paksa ratusan ribu berpindah di barat, tengah Jepun

-

TOKYO: Beratus ribu orang di sekitar satu kawasan yang sangat luas di bahagian barat dan tengah Jepun dipindahka­n dari rumah mereka semalam ketika hujan lebat melanda negara berkenaan, menaikkan paras air sungai, menyebabka­n tanah runtuh dan turut mengakibat­kan sekurangku­rangnya dua orang maut.

Agensi Meteorolog­i Jepun berkata penurunan hujan adalah “bersejarah” dan memberi amaran lebih ba-nyak hujan dijangka melanda beberapa bahagian yang sudah terjejas di negara ini sehingga Ahad ini.

Sehingga pagi semalam, satu bahagian di pulau utama Honshu telah dilanda dengan penurunan hujan dua kali ganda daripada hujan yang dialami pada bulan Julai yang biasa.

Sekurang-kurangnya dua maut, seorang apabila dia dihanyutka­n ke dalam sebuah paip longkang dan seorang wanita tua yang terjatuh akibat tiupan angin kuat. Beberapa orang lagi hilang, termasuk seorang yang kenderaann­ya dihanyutka­n semasa dia menghantar susu pada waktu awal pagi, lapor televisyen negara NHK.

Seorang pelajar lelaki sekolah menengah hilang selepas dia dihanyutka­n oleh air banjir di dalam sebuah longkang.

“Situasi adalah sangat ber-bahaya,” tulis seorang pengguna Twitter di Kochi, sebuah bandar di pulau utama paling kecil Shikoku, di mana hujan adalah lebih lebat.

Beberapa orang tercedera, empat dalam keadaan serius, menurut Agensi Pengurusan Bencana dan Kebakaran. Beberapa orang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada pagi semalam dan anggota penyelamat telah mula menggali untuk mengeluark­an mereka.

Kira-kira 168,000 diarah-kan meninggalk­an rumah mereka disebabkan oleh risiko kejadian tanah runtuh dan banjir seterusnya, serta 1.2 juta lagi telah dinasihatk­an agar pergi pada pagi semalam, tambah agensi berkenaan. Ini termasuk beberapa bahagian di bandar pelanconga­n dan ibu negara purba Kyoto, di mana pihak berkuasa sudah menutup beberapa jambatan dan tebingan tepi sungai ketika air sungai semakin naik.

Pasukan Pertahanan Diri Jepun sudah mengerahka­n 180 kakitangan dan 50 kenderaan ke Kyoto ketika kereta api di sekitar bahagian barat dan tengah Jepun telah dihentikan, termasuk bahagian landasan kereta api Shinkansen.

Hujan lebat kelihatan berpunca daripada udara lembap, panas yang bergerak dari Lautan Pasifik serta meningkatk­an aktiviti bagi permulaan hujan bermusim. Saki-baki taufan yang kini sudah lesap yang merentasi Jepun pada awal minggu ini juga dianggap sebagai penyebabny­a, kata pihak berkuasa.

Satu bahagian pulau utama paling kecil Shikoku telah dilanda oleh hujan sehingga 98 milimeter (4 inci) pada jam 8 pagi waktu tempatan semalam, dengan sejumlah 908 milimeter (36 inci) dalam tempoh 48 jam sebelum ini. Beberapa bahagian di Jepun akan melihat hujan sehingga 400 milimeter dalam masa 24 jam akan datang, dengan hujan dijangka akan berterusan sehingga Ahad ini.

Masalah cuaca di Jepun akan menjadi bertambah buruk. Taufan Maria, terbentuk jauh di dalam Pasifik, dijangka akan menjadi bertambah kuat, kemungkina­n membentuk ribut Kategori 4, dan mungkin menyasarka­n secara langsung pulaupulau barat daya Okinawa pada awal minggu depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia