Utusan Borneo (Sabah)

Mahkamah Bosnia penjara 11 untuk kes jenayah perang

-

SARAJEVO: Sebuah mahkamah Bosnia kelmarin memenjarak­an 11 orang – kebanyakan­nya bekas anggota polis, tentera dan ahli politik – untuk jenayah perang termasuk merogol, penahanan secara haram dan layanan buruk di dalam kem.

Mahkamah mendapati lapan orang bersalah kerana menahan secara haram orang awam dan menahan mereka dalam keadaan teruk di tiga kem semasa perang Bosnia 1992-95.

Tahanan tersebut telah diseksa, dipukul dan diarahkan untuk melakukan kerja buruh paksa.

Menurut sumber polis, beberapa banduan telah dibunuh di tiga kawasan.

Hukuman yang paling berat dijatuhkan kepada Mustafa Djelilovic, ketua dewan perbandara­n Hadzici di barat daya Sarajevo ketika era peperangan, dan pegawai tentera Bosnia Nezir Kazic, di mana kedua-dua mereka dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun.

Defendan lain menerima hukuman penjara meliputi dari lima hingga lapan tahun.

Dalam satu perbicaraa­n berasingan, tiga bekas anggota tentera Bosnia menerima hukuman penjara selama lima dan enam tahun kerana merogol seorang budak perempuan Serbia bawah umur di Sarajevo pada 1993.

Perang Bosnia pada 19921995 antara pihak Croatia, Islam dan Serbia merupakan konflik paling berdarah dalam siri peperangan yang meng-iringi kejatuhan Yugoslavia.

Lebih dua juta orang kehilangan tempat tinggal di sebuah negara yang sekarang mempunyai seramai 3.5 juta penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia