Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki Australia bunuh diri selepas tembak mati dua anak remaja

-

SYDNEY: Seorang lelaki menembak mati anak remaja lelaki dan perempuann­ya di rumah mereka di bandar terbesar di Australia sebelum mengacukan senjata itu ke arah dirinya sendiri dalam pembunuhan-bunuh diri yang “difikirkan terlebih dahulu dan dirancang”, kata polis semalam.

Pembunuhan di Sydney berlaku hanya dua bulan selepas seorang datuk menembak mati isteri, anak perempuan dan tiga cucunya dalam pembunuhan–bunuh diri di negeri Australia Barat.

Polis berkata mayat remaja lelaki, 15, dan budak perempuan, 13, ditemui di dalam rumah mereka kelmarin selepas jiran tetangga melaporkan mendengar bunyi tembakan.

Mayat bapa mereka, berusia 68 tahun yang dinyatakan namanya oleh media sebagai John Edwards, ditemui di alamat lain berhampira­n semalam.

Dua pistol yang “agak kuat” turut ditemui.

Pemangku Penolong Pesuruhjay­a Polis New South Wales Brett McFadden memberitah­u wartawan bahawa si bapa kelihatan telah merancang pembunuhan, menggunaka­n senjata api yang dimilikiny­a secara sah.

Lelaki yang mati dan ibu remaja tersebut berusia 36 tahun telah bergaduh untuk hak penjagaan anakanak sejak dua tahun lepas, menurut McFadden.

Ibu lelaki itu memberitah­u akhbar The Daily Telegraph bahawa anak lelakinya “suka menyendiri” dan “tidak mahu bercakap dengan sesiapa” selepas dia bersara dan keluarga itu berpisah.

Undang-undang senjata sangat tegas di Australia, setelah diperketat­kan selepas 35 orang ditembak mati dengan senjata separa automatik di negeri pulau selatan Tasmania pada 1996.

 ?? — Gambar AFP ?? ANGGOTA polis dilihat berkawal di jalan masuk ke kediaman di mana seorang lelaki menembak mati dua anak remajanya sebelum membunuh dirinya sendiri di Sydney, Australia semalam.
— Gambar AFP ANGGOTA polis dilihat berkawal di jalan masuk ke kediaman di mana seorang lelaki menembak mati dua anak remajanya sebelum membunuh dirinya sendiri di Sydney, Australia semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia