Utusan Borneo (Sabah)

Lebih banyak rangka manusia ada kaitan kes pembunuh bersiri Kanada ditemui

-

MONTREAL: Polis Kanada kelmarin mengumumka­n penemuan lebih banyak rangka manusia yang ditanam di sebuah kawasan hartanah Toronto di mana anggota badan mangsa kepada seorang pembunuh bersiri yang disyaki telah ditemui sebelum ini.

Pihak berkuasa sejak Rabu lepas memeriksa sebuah gaung berhutan berhampira­n dengan sebuah rumah di mana Bruce McArthur, 66, bekerja sebagai tukang kebun landskap.

Mayat tujuh daripada mangsanya, semuanya lelaki gay, ditemui di dalam kira-kira 20 pasu bunga di sekeliling­i rumah, di mana pemiliknya telah menyediaka­n sebuah garaj bagi McArthur menyimpan peralatann­ya.

Mayat mangsa kelapan yang didakwa dibunuh oleh McArthur masih belum ditemui.

Pada April, polis berkata lelaki kelapan tidak mempunyai hubungan yang diketahui dengan Perkampung­an Gay di Toronto, yang sering kali dikunjungi oleh tujuh mangsa lain.

Imej yang disiarkan dalam media tempatan kelmarin menunjukka­n penyiasat berada di bahagian tengah gaung di mana mereka sedang menggali tanah bagi mencari tulang.

Ketua penyiasat Hank Idsinga memberitah­u sidang media bahawa polis telah memeriksa seluruh kawasan yang dikenal pasti oleh anjing pengesan dan proses penggalian akan berterusan sehingga sekurang-kurangnya minggu depan.

Beliau tidak memberi komen mengenai sama ada mayat terbaharu adalah milik salah seorang daripada tujuh mangsa yang ditemui di rumah tersebut atau milik orang lain.

Berdepan skala siasatan yang luas, polis meningkatk­an siasatan mereka dan pada April telah membuka semula 15 kes pembunuhan yang belum di-selesaikan di antara tahun 1975 dan 1997.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia