Utusan Borneo (Sabah)

Seorang bekas penyelam tentera Thai mati lemas

Selepas pengsan dalam air banjir di gua Tham Luang di mana 12 remaja dan jurulatih terperangk­ap

-

MAE SAI: Seorang bekas penyelam tentera Thai lemas ketika membantu dalam operasi untuk menyelamat­kan 12 budak lelaki dan jurulatih bola sepak mereka yang terperangk­ap di dalam sebuah gua yang dibanjiri air, menurut pihak berkuasa semalam, menegaskan tentang kebimbanga­n mengenai operasi yang amat sukar untuk mengeluark­an remaja tersebut.

Kematian beliau menimbulka­n keraguan serius mengenai keselamata­n dalam cubaan membawa keluar kumpulan itu dengan cara yang sama, melalui laluan yang sempit jauh di dalam gua yang dimasuki air.

Ramai daripada budak lelaki itu – berusia di antara 11 hingga 16 tahun – tidak pandai berenang dan tiada seorangpun yang mempunyai pengalaman menyelam.

“Seorang bekas SEAL yang memberi bantuan sukarela telah meninggal dunia pada malam semalam kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan,” timbalan gabenor Chiang Rai Passakorn Boonyaluck memberitah­u wartawan di tempat kejadian, menyata-kan ia sebagai “berita sedih”.

Penyelam itu, dikenali sebagai Saman Kunont, telah pulang dari satu lokasi di dalam gua Tham Luang di mana budak lelaki dan jurulatih bola sepak mereka ditemui pada Isnin lepas.

“Dalam perjalanan balik beliau telah tidak sedarkan diri,” kata komander SEAL Thai Apakorn Yookongkae­w, sambil menambah bahawa rakannya telah cuba untuk membantu membawanya keluar.

“Kami kehilangan seorang anggota, namun kami masih mempunyai keyakinan untuk melakukan tugas kami.”

Ditanya bagaimana kesemua budak lelaki itu boleh keluar dengan selamat sekiranya seorang penyelam berpe-ngalaman tidak mampu, Apakorn berkata mereka akan mengambil lebih banyak langkah berjaga-jaga dengan kanak-kanak tersebut.

Misi penyelam adalah untuk membawa tangki oksigen dan meletakkan garisan di sepanjang laluan di antara sebuah pangkalan operasi hadapan dan tebingan berlumpur di mana budak lelaki dan jurulatih mereka berlindung.

Malah bagi penyelam yang pakar ia adalah satu perjalanan yang sangat memenatkan selama 11 jam.

“Ia adalah sangat berisiko (menyelam keluar). Fikirkan mengenainy­a, seorang SEAL Tentera Laut telah meninggal dunia malam semalam, maka bagaimana dengan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun,” kata Rafael Aroush, seorang penyelam Israel yang membantu usaha menyelamat.

Pihak berkuasa berjanji akan menyiasat tentang kematian, dan sudah menghantar mayatnya ke sebuah hospital tempatan bagi bedah siasat.

Kemalangan itu menandakan rintangan utama yang pertama dalam usaha besar, yang bermula hampir dua minggu lepas selepas pasukan ‘Wild Boars’ masuk ke dalam gua di utara Thailand selepas latihan bola sepak.

Kejadian itu membelengg­u Thailand, dengan seluruh negara gusar menunggu berita tentang usaha mengeluark­an mereka dengan selamat.

Mesej berbentuk sokongan dan doa bagi pasukan telah memenuhi media sosial, sementara media global berkumpul di pintu masuk gua.

Namun misi menyelamat yang tidak dirancang telah terganggu akibat ancaman hujan.

Pada pagi semalam penurunan hujan yang diramalkan tidak berlaku, memberi sedikit kelegaan kepada anggota penyelamat yang telah mengepam keluar air, sementara mengatur rancangan untuk mengeluark­an mereka yang sangat sukar.

Pasukan telah menerima latihan asas untuk bernafas dan menguruska­n peralatan menyelam sebagai persediaan jika arahan untuk keluar telah diberikan.

Namun pihak berkuasa teragak-agak untuk membenarka­n mereka “menyelam keluar” dari gua, berdasarka­n risiko yang ekstrem.

Pilihan lain yang sedang dipertimba­ngkan adalah menunggu monsun berakhir – yang akan mengambil masa berbulan-bulan – atau memanjat keluar melalui rekahan pada permukaan batu, sekiranya satu lubang dapat ditemui.

 ?? — Gambar Reuters ?? ANGGOTA media menghadiri sidang media mengenai kematian seorang bekas penyelamat tentera Thai di hadapan pintu masuk ke gua Tham Luang di mana 12 remaja dan jurulatih mereka terperangk­ap, di Chiang Rai, Thailand semalam.
— Gambar Reuters ANGGOTA media menghadiri sidang media mengenai kematian seorang bekas penyelamat tentera Thai di hadapan pintu masuk ke gua Tham Luang di mana 12 remaja dan jurulatih mereka terperangk­ap, di Chiang Rai, Thailand semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia