Utusan Borneo (Sabah)

Piala Sumbangsih rasmi Liga Bola Sepak Terbuka Sabah hari ini

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Tirai Liga Bola Sepak Terbuka Sabah 2018 akan disingkap dengan perlawanan Piala Sumbangsih antara pasukan Sabah Cops FC dan Sabah Legends di padang Penjara Pusat Sabah petang ini.

Pengerusi penganjur, Andrew Lian Awa (gambar) berkata, walaupun tidak mengambil bahagian dalam kejohanan, Sabah Legends diberi penghormat­an bermain untuk Piala Sumbangsih sebagai penghormat­an kepada bekas-bekas pemain Sabah yang membarisi pasukan itu.

Sabah Cops pula adalah salah satu daripada 30 pasukan yang mengambil bahagian pada kejohanan anjuran bersama Marven Sports dan Andrew Lian serta beberapa badan bukan kerajaan itu.

“Piala Sumbangsih ini hanya pembuka tirai atau sebagai simbolik perasmian kejohanan sahaja. Pertanding­an sebenar iaitu saingan peringkat kumpulan akan bermula dengan enam perlawanan pada Ahad ,” kata Andrew ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Menurutnya, lebih 30 pasukan memohon menyertai kejohanan itu tetapi hanya 30 pasukan diterima.

Pasukan dibahagika­n kepada lapan kumpulan dan akan bermain secara liga satu pusingan pada saingan peringkat kumpulan bagi menentukan dua pasukan teratas mara ke pusingan suku akhir.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruha­n RM32,000 di samping trofi dan medal di mana juara akan menerima RM15,000, kedua RM8,000, ketiga RM5,000 dan keempat RM3,000.

Turut disediakan adalah hadiah wang tunai RM500 untuk Penjaring Terbanyak dan Pasukan Terbaik.

Kesemua perlawanan hanya berlangsun­g pada hujung minggu di padang Penjara Pusat Sabah dan Padang IPK Sabah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia