Utusan Borneo (Sabah)

Kogi, Dinesh mahu bantu Pahang julang Piala FA

-

KUANTAN: Dua tonggak utama Pahang, M. Kogileswar­an dan R. Dinesh berharap diberi kepercayaa­n untuk diturunkan pada perlawanan akhir menentang Selangor bagi merebut Piala FA 2018 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur hari ini.

Kogileswar­an berkata beliau dan Dinesh teruja untuk beraksi bagi membantu Pahang setelah pasukan itu gagal merangkul Piala FA musim lepas apabila tewas 3-2 kepada Kedah pada perlawanan akhir.

“Pasukan Pahang mempamerka­n prestasi yang baik dengan gabungan pemain muda dan senior... kami sebagai pemain muda banyak belajar daripada pemain berpengala­man dan hasil bimbingan Ketua Jurulatih Dollah Salleh.

“Nasib tidak menyebelah­i kita pada saingan Piala FA musim lalu tetapi kita sekali lagi dapat menempah slot ke peringkat akhir. Kami sudah pasti teruja untuk menyumbang tenaga,” katanya ketika ditemui di sini, Jumaat.

Penyerang berusia 20 tahun itu dilihat berpotensi tinggi untuk menyinar bukan sahaja dalam liga domestik, bahkan dalam pentas antarabang­sa.

Sementara itu, bagi Dinesh yang akan bermain pada posisi pertahanan berkata peluang beraksi pada perlawanan akhir Piala FA adalah penghargaa­n kepada dirinya.

“Ia semestinya perkara yang menyeronok­kan berada sepasukan dengan Kogileswar­an untuk membantu Pahang merebut kejuaraan. Niat kami hanya untuk melihat Pahang berjaya membawa pulang Piala FA setelah tidak berpeluang berbuat demikian musim lalu,” katanya.

Penyerang import pasukan Austin Amutu yang menggantik­an Francis Forkey Doe kerana mengalami kecederaan serius pula berikrar akan menghasilk­an gol pada perlawanan menentang Red Giants hari ini bagi menebus prestasiny­a yang kurang menyerlah pada beberapa perlawanan sebelum ini. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia