Utusan Borneo (Sabah)

Lovren lupakan kedukaan lalu, fokus bantu Croatia

-

SOCHI: Pemain pertahanan Croatia, Dejan Lovren (gambar), berkata dia sudah melupakan masalahnya pada masa lalu pada peringkat antarabang­sa ketika dia bersiap sedia untuk perlawanan suku akhir menentang pasukan tuan rumah Rusia di Piala Dunia pada awal pagi esok (jam 2.00 pagi Ahad waktu Malaysia).

Lovren dijangka memulakan perlawanan di Sochi selepas dia berusaha untuk menjadi pemain pilihan bersama negaranya sejak pelantikan Zlatko Dalic sebagai jurulatih pada Oktober lalu.

Dia tersisih kebanyakan waktu dalam tempoh tiga tahun di bawah Niko Kovac dan kemudian Ante Cacic, yang bermakna dia tidak memainkan peranan di Euro 2016 di Perancis.

Cacic berkata dia tidak memilih Lovren untuk menganggot­ai skuadnya di Kejohanan Eropah kerana dia rasa bekas pemain Southampto­n itu bukan seorang pemain berpasukan dan “memandang rendah” rakan-rakan lain selain kakitangan kejurulati­han.

“Ia benar-benar tidak menentu dengan banyak pengalaman suka dan duka,” kata Lovren, pemain pertahanan tengah Liverpool, kelmarin, pada harijadiny­a yang ke-29.

“Saya amat sedih kerana tidak bermain di Euro 2016, tetapi saya berharap untuk membetulka­n keadaan dengan beberapa perlawanan terakhir dan saya melihat ke hadapan sekarang.”

Dalic masuk pada hujung kempen kelayakan Croatia untuk Piala Dunia dan membimbing mereka untuk melepasi perlawanan ‘play-off’ menentang Greece.

Sejak itu dia telah membawa pasukannya ke peringkat suku akhir di Rusia ekoran kemenangan dalam penentuan tendangan penalti ke atas Denmark pada hujung minggu lepas, yang menyusuli persembaha­n yang mengagumka­n pada peringkat kumpulan.

Kemuncak pada peringkat kumpulan adalah kemenangan 30 yang menyeluruh ke atas Lionel Messi dan Argentina.

“Kami menyukarka­n lagi kehidupan kami pada peringkat kelayakan walaupun bermula baik,” kata pemain pertahanan Atletico Madrid, Sime Vrsaljko, ketika Croatia bersiap sedia untuk berlatih di Sochi.

“Bagaimanap­un, kami mencapai matlamat kami, iaitu untuk layak dan kami telah mempamerka­n permainan bola sepak yang bagus di Piala Dunia. Zlatko Dalic masuk pada waktu yang sukar tetapi dia menjalanka­n tugas dengan amat baik sekarang.”

Croatia mara ke peringkat suku akhir Piala Dunia buat pertama kali sejak 1998, apabila mereka menewaskan Jerman 3-0 sebelum mengalami kekalahan 2-1 kepada pasukan tuan rumah Perancis pada peringkat separuh akhir.

“Kami menghormat­i generasi ‘98. Mereka adalah pasukan Croatia paling berjaya setakat ini, dan mereka meletakkan standard yang begitu tinggi sehinggaka­n dalam tempoh 20 tahun, tidak ada pasukan Croatia yang dapat mengatasin­ya,” ujar Lovren.

“Bagaimanap­un, pasukan sekarang sangat bagus dan kami ada peluang untuk mengatasi generasi itu.” – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia