Utusan Borneo (Sabah)

England mula yakin, Sweden sedia jadi penghalang

-

REPINO: Bersemanga­t melihat skuad muda yang mengujakan dan perlawanan menentang Sweden yang berpotensi memihak kepada mereka pada peringkat suku akhir pada malam ini (jam 10.00 malam waktu Malaysia), penyokong England mula percaya mereka dapat menamatkan penantian selama 52 tahun untuk memenangi Piala Dunia.

Tetapi pasukan Scandinavi­a yang berazam tinggi itu mempunyai tabiat membuat kejutan, khususnya bila menentang England, kerana mereka hanya tewas sekali sahaja dalam lapan pertemuan kompetitif sebelum ini.

Keyakinan kepada England melonjak selepas pasukan itu menamatkan penantian yang lama untuk memenangi penentuan tendangan penalti di Piala Dunia, dengan mengatasi Colombia dalam perlawanan peringkat 16 terakhir yang tegang dan kasar di Moscow.

“Kami ingin sekali membawanya balik,” kata pemain pertahanan England John Stones kelmarin.

“Saya ingin sekali memenangi Piala Dunia, England pasti ingin sekali memenangi Piala Dunia.

“Ia sudah begitu lama sejak kami kali terakhir memenangin­ya. Kami mahu membanggak­an rakyat di tanah air.”

England, juara Piala Dunia pada 1966, sudah menawan hati orang ramai yang terkilan dengan penyingkir­an awal di Brazil empat tahun lalu selain kekalahan memalukan kepada Iceland di Euro 2016.

Anak buah Gareth Southgate telah menarik jumlah penonton yang lebih ramai ke perlawanan mereka di Rusia berbanding perkahwina­n diraja pada Mei lalu, dengan 23.6 juta penonton yang menyaksika­n penentuan tendangan penalti menentang Colombia.

“Ia seronok untuk melihat sokongan di tanah air. Beriburibu orang menyokong kami,” ujar pemain Manchester City itu.

“Saya menerima video dan gambar dari rakan saya di tanah air yang menonton perlawanan, di pub, di mana sahaja mereka berada di negara.”

Bagaimanap­un, dengan tempoh hanya empat harisah aja sebelum mereka menentang Sweden, England tidak ada masa untuk mendapatka­n semula tenaga mereka.

Sementara ada yang sudah membuat perancanga­n bagi perlawanan separuh akhir yang berpotensi menentang pasukan tuan rumah Rusia atau Croatia, Stones memberi amaran tentang sikap sambil lewa ketika menentang Sweden.

“Saya rasa jika anda kata ia adalah perlawanan yang mudah pada peringkat suku akhir Piala Dunia, maka anda agak bodoh untuk berkata begitu.”

“Kadang-kadang mereka dapat melontar anda, pasukan ini. Mereka boleh bermain seperti di bawah radar, tetapi tidak dapat dipertikai­kan bahawa mereka adalah pasukan yang bagus. Mereka tidak mungkin berada di kedudukan mereka jika mereka tidak bagus.”

Sweden mungkin telah menghadapi laluan yang jauh lebih sukar untuk sampai ke peringkat suku akhir, dengan menyingkir­kan Belanda dan Itali pada peringkat kelayakan hanya untuk mara ke Rusia, dan kemudian muncul pemenang pertama Kumpulan F manakala juara bertahan Jerman tersingkir.

Tanpa nama bintang sejak persaraan Zlatan Ibrahimovi­c dari bola sepak antarabang­sa, Sweden telah berkembang kerana semangat berpasukan.

Bersedia untuk tidak menguasai bola, bertahan dengan dalam dan menunggu peluang untuk melancarka­n serangan balas, mereka akan membiarkan England mengawal bola.

Namun selain kemenangan besar 6-1 ke atas Panama pada peringkat kumpulan, England telah bergelut untuk mencipta peluang menerusi permainan terbuka, dengan tujuh daripada sembilan gol mereka setakat ini dijaringka­n menerusi situasi bola mati dan tendangan penalti.

“Biasanya pasukan lain mempunyai pemain yang lebih bagus di atas kertas dan kami membiarkan mereka untuk menguasai bola di tempat di mana kami mahu mereka menguasai bola,” kata kapten Sweden, Andreas Granqvist.

“Jika kita melihat perlawanan kami, sudah tentulah pasukan lawan lebih menguasai bola, tetapi kami mencipta peluang yang lebih bahaya. Inilah cara kami bermain, inilah cara kami untuk mencapai kejayaan.”

Pertahanan mantap Sweden sudah memastikan mereka tidak dibolosi sebarang gol dalam tiga daripada empat perlawanan di Rusia, tetapi jurulatih Janne Andersson terpaksa melakukan sekurang kurangnya satu perubahan dalam barisan pertahanan selepas pemain Celtic, Mikael Lustig, digantung permainan.

“Sweden bagus bila melancarka­n serangan balas dan kami perlu waspada mengenai perkara itu,” kata pemain pertahanan sayap England, Kieran Trippier.

“Kami cuma perlu menggerakk­an bola dengan cepat jika bertahan. Kami perlu mengurus permainan dengan baik dan menjadikan padang seluas mungkin.” – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia