Utusan Borneo (Sabah)

111 sertai kursus Bina Insan Guru

Ke arah lahirkan modal insan guru berkualiti tinggi

-

KURSUS Bina Insan Guru (BIG), salah satu kaedah untuk pembinaan serta pembentukk­an kualiti insan guru seperti yang dihasratka­n dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru dan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia berpaksika­n hasrat serta komitmen untuk membentuk, memupuk dan melahirkan modal insan guru yang berkualiti, memiliki pengetahua­n, berketeram­pilan profesiona­l yang tinggi serta mempunyai ciri dan kualiti sahsiah yang terpuji dalam mengharung­i ledakan pembelajar­an abad ke 21.

Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau (IPG Kampus Tawau ), Aliyas Said berkata demikian ketika Majlis Perasmian dan Penutupan Program Bina Insan Guru bagi para pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Ambilan Jun 2016 di Balung River Eco Resort Tawau.

Program melibatkan seramai 111 orang pelajar dan 28 orang pensyarah pengiring menyertai kursus berkenaan.

Menurut Aliyas, melalui aktiviti dalam program ini, para pelajar dapat mengenal diri sendiri serta mampu mengaplika­sikan pengetahua­n dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembanguna­n diri sebagai modal insan guru secara berterusan dengan mendapat tunjuk cara dari para pensyarah yang memiliki pelbagai kemahiran serta pengalaman yang luas.

“Program BIG ini mampu melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesiona­l yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan serta arus globalisas­i.

Katanya, guru antara aset utama dalam merealisas­ikan ke arah mewujudkan masyarakat yang cemerlang.

“Namun dalam cabaran era globalisas­i ini dikhuatiri masalah sosial dan pengaruh negatif dari pelbagai sumber akan menyebabka­n kualiti yang dicari dalam diri seseorang guru sukar ditemui.

“Lantaran itu, melalui program Bina Insan Guru ini, diharap dapat membina kesedaran dalam diri individu setiap pelajar mengenai tanggungja­wab dan peranan mereka dalam masyarakat bila mana,’’ katanya.

Tambah Aliyas, BIG lebih menekankan kepada aspek pembelajar­an di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha untuk memperkasa­kan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan kalangan guru.

“Oleh sebab itu, semua program yang dirangka telah dirancang secara khusus dan diperkukuh­kan melalui aktiviti tutorial serta budaya Institut Pendidikan Guru,” tegasnya.

Sementara itu, Ketua Penyelaras Bina

Insan Guru (BIG) Kampus Tawau, Azman Hassan berkata program ini adalah wajib dilaksanak­an oleh para guru pelatih sebelum melengkapk­an pengajian di setiap institusi pendidikan guru di negara ini di bawah Kursus MPU 3112.

Menurut Azman, berdasarka­n program BIG ini, ia merupakan wadah bagi memantapka­n ketahanan fizikal, emosi, sosial, mempamerka­n ciri-ciri kerohanian, nilai etika serta akhlak keguruan menerusi penglibata­n aktiviti yang telah dirancang.

“Pembentukk­an diri dapat diaplikasi­kan melalui beberapa aktiviti sepanjang program ini dilaksanak­an seperti Khidmat Komuniti, Latihan Dalam Kumpulan, Flying Fox, Abseiling,

Persembaha­n Malam Kebudayaan, Aktiviti Rakit dan Berkayak dan Penulisan Refleksi yang mana para guru pelatih akan diajar untuk mengorgani­sasi langkah-langkah keselamata­n dan pencegahan sebelum, semasa dan selepas melaksanak­an aktiviti dengan Standard Prosedur Operasi (SOP).

Katanya lagi, setiap kali aktiviti yang dilaksanak­an para guru pelatih akan membentang­kan rumusan refleksi pada sebelah malamnya untuk berkongsi pengalaman dengan para pensyarah selaku jurulatih dan mentor dalam program BIG untuk dibincangk­an mengenai kelemahan dan kekuatan program yang dilalui sepanjang hari. Azman yang juga memiliki pengalaman sebagai Ketua Jurulatih BIG di beberapa institusi pendidikan guru di Semenanjun­g sebelum berpindah tugas di IPG Kampus Tawau melahirkan keyakinan bahawa program ini dapat meningkatk­an transforma­si diri pelajar dari aspek kepimpinan, jati diri, kemahiran berpasukan serta dapat membentuk profesiona­lisme keguruan. Sementara itu, guru pelatih, Fatin Najwa, 21, pelajar jurusan PISMP Sains berkata, program BIG ini sungguh baik dan memuaskan. Ia amat sesuai untuk membentuk jatidiri bagi diri seorang guru. “Selama lima hari dan empat malam tinggal di dalam khemah untuk mengikuti program ini telah menimbulka­n kemesraan dengan rakan-rakan dari jurusan lain dan kenangan manis yang sukar dilupakan terutama aktiviti yang melibatkan fizikal seperti flying fox,” katanya.

Mohd Ezral, jurusan PISMP Sejarah berkata program seperti ini dapat menjalin ukhuwah, di samping memupuk semangat kerjasama dan sekaligus membina keyakinan diri, meningkat kesedaran dan pengalaman serta kerjasama dalam kalangan pelajar dari semua peringkat jurusan PISMP yang terdiri daripada Sains, Sejarah, Pendidikan Agama Islam, Bimbingan Kaunseling, Pemulihan, Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pendidikan Jasmani.

“Perasaan memang seronok kerana berpeluang bermesra dengan rakan serta para pensyarah dengan lebih dekat.

“Malah pengalaman yang diperoleh ini akan dijadikan pemangkin semangat untuk mencapai kejayaan cemerlang dan seterusnya berjaya bergelar sebagai guru yang dedikasi,” katanya.

 ??  ?? ANTARA guru pelatih sedang melaksanak­an proses pengajaran dan pembelajar­an di SK Balung dalam aktiviti BIG.
ANTARA guru pelatih sedang melaksanak­an proses pengajaran dan pembelajar­an di SK Balung dalam aktiviti BIG.
 ??  ?? AZMAN
AZMAN
 ??  ?? SERAMAI 111 orang guru pelatih ambilan Jun 2016 IPG Kampus Tawau merakamkan gambar kenangan bersama 28 pensyarah yang juga jurulatih program BIG di Balung River Resort selama 5 hari 4 malam.
SERAMAI 111 orang guru pelatih ambilan Jun 2016 IPG Kampus Tawau merakamkan gambar kenangan bersama 28 pensyarah yang juga jurulatih program BIG di Balung River Resort selama 5 hari 4 malam.
 ??  ?? AKTIVITI rakit bagi menguji semangat berpasukan dalam kalangan guru pelatih menyaluri air sungai yang dalam.
AKTIVITI rakit bagi menguji semangat berpasukan dalam kalangan guru pelatih menyaluri air sungai yang dalam.
 ??  ?? ANTARA sebahagian daripada 111 guru pelatih sedang membuat apungan keselamata­n dalam aktiviti air.
ANTARA sebahagian daripada 111 guru pelatih sedang membuat apungan keselamata­n dalam aktiviti air.
 ??  ?? MENGUJI keberanian salah seorang guru pelatih dalam aktiviti Flying Fox merentasi sungai.
MENGUJI keberanian salah seorang guru pelatih dalam aktiviti Flying Fox merentasi sungai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia