Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Aidilfitri PVATM di Kota Belud meriah

Program menyambung kembali silaturahi­m

-

SEAWAL jam 9 pagi, tetamu mulai memenuhi Balai Muhibah Kg Tombol sesuai dengan waktu yang tercatat dalam kad jemputan.

Kepatuhan kepada jadual dan disiplin diri adalah ‘trademark’ mereka meskipun berpuluh tahun menjadi veteran angkatan tentera.

Sambil menikmati juadah yang disediakan oleh PVATM (Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia) Cawangan Kota Belud yang juga penganjur sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 1 Julai itu, veteran bercerita mengenai kenangan dan masa lampau mereka sebagai benteng hadapan negara.

Ada yang sudah lama tidak bersua selepas sahaja menamatkan khidmat, namun penganjura­n program berkenaan berjaya menyambung­kan kembali tali silaturahi­m antara mereka. Selain keluarga mereka yang juga mengambil kesempatan beramah mesra.

Kenyataan itu bersesuaia­n dengan objektif pihak penganjur yang mengingink­an agar hubungan ahli PVATM khasnya dan semua bekas tentera amnya terus terjalin kukuh, seperti yang dizahirkan oleh Timbalan Yang Dipertua PVATM Sabah Marshid Hj Salleh.

Menurutnya, sambutan pengunjung kali ini lebih meriah berbanding tahun lalu apabila wakil-wakil PVATM cawangan dari Papar, Kota Kinabalu, Kudat, Beaufort dan Kota Marudu selain wakil PVATM Kuala Lumpur sudi menghadirk­an diri dalam program itu.

“Penat lelah ahli PVATM cawangan yang menyediaka­n juadah seperti rendang, ketupat, lemang dan makanan lain amat berbaloi kerana kehadiran rakan-rakan yang sangat menggalakk­an.

VETERAN bergambar bersama Muan Sipin (kanan), wakil Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissa­h Munirah Majilis.

Pasti tahun depan, kami akan menganjurk­annya kembali,” ujarnya dalam nada puas.

Marshid yang juga timbalan ketua cawangan PVATM Kota Belud menambah, kehadiran VIP seperti Pegawai Daerah Kota Belud yang juga Penaung PVATM cawangan, Abd Gari Hj Itam, Ketua Daerah Kota Belud OKK Golkhan Hasbollah dan wakil-wakil parti politik memeriahka­n lagi majlis.

Malahan Pengurus Perhebat (Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera) Sabah, Kapten (B) Zukiflie Ibrahim, Penolong Pengarah JHEV (Jabatan Hal Ehwal Veteran) Sabah Kapt Syahrizal Mohd Tahir, Pegawai Lapang Sasar Kem Paradise Mejar Hairi dan Pengerusi Srikandi Sabah Pauline Dane turut hadir bagi memeriahka­n suasana.

“Saat-saat begini adalah

“Sambutan

pengunjung kali ini lebih meriah berbanding tahun lalu apabila wakil-wakil PVATM cawangan dari Papar, Kota Kinabalu, Kudat, Beaufort dan Kota Marudu selain wakil PVATM Kuala Lumpur sudi menghadirk­an diri dalam

itu.” program

saat terindah kepada sahabat handai untuk berkumpul kembali, melepaskan kerinduan dan bertukar-tukar fikiran antara mereka. Sesungguhn­ya, PVATM adalah wadah terbaik untuk veteran tentera bergabung,” jelas Ketua Cawangan PVATM Kota Belud Hj Mohd Azim Abdullah.

Dari celah-celah kemeriahan, terdengar ada antara mereka yang bercerita tentang pengalaman semasa terlibat dalam pertempura­n dengan tentera musuh di Kalabakan dan Sebatik semasa Operasi Ganyang Malaysia yang dilancarka­n oleh Presiden Soekarno.

“Satu pengalaman lucu di kawasan operasi ketika itu, seorang rakan melanggar perintah ketua agar tidak naik ke rumah tempat kami tinggal kerana dikhuatiri ditembak musuh, namun dia berdegil dan meneruskan hasratnya untuk naik ke rumah itu juga.

“Sampai di atas, dia ditembak oleh askar musuh yang rupanya lama menanti kehadiran kami. Apa lagi, dengan serta-merta dia terjun sehingga bekalan kami yang disimpan di rumah berkenaan habis bertaburan di atas tanah,” kata Hj Maslin Tusin mengimbau kenangan sambil tertawa.

Ternyata program berkenaan amat bererti kepada mereka yang memahami makna persatuan. Apatah lagi PVATM begitu prihatin terhadap nasib ahliahli yang dinaunginy­a. Tidak keterlalua­n jika dikatakan persatuan itu sangat relevan untuk para bekas dan veteran tentera berganding tenaga.

Wakil PVATM Kota Marudu Osman Oyong memberitah­u, jarak bukanlah satu halangan jika seseorang itu benar-benar berhasrat untuk datang, kerana menurutnya jarak Kota Belud–Kota Marudu lebih dekat berbanding jarak antara Kota Belud– Beaufort.

“Program sambutan raya sebegini amat bermakna bagi kami khususnya para bekas tentera dan veteran, sebab itu saya tolak tepi batasan jarak dan waktu. Malulah saya jika tidak datang...rakan dari Kuala Lumpur yang beribu batu jauhnya dari sini sanggup hadir, sedangkan saya pula tidak,” jelas Osman berseloroh yang datang ditemani isterinya.

Matlamat PVATM cawangan Kota Belud tercapai sepenuhnya apabila lebih daripada 300 bekas tentera sama ada yang baru bersara atau telah puluhan tahun bersara termasuk keluarga masing-masing datang merayakan Aidilfiri 2018 bersama-sama.

Ahli PVATM yang bersengkan­g mata menyediaka­n juadah seperti lemang, redang, pulut, laksa dan beberapa jenis makanan lain juga turut tersenyum lebar kerana penat lelah mereka berbaloi tatkala para tetamu berselera menikmati juadah itu.

“PVATM Kota Belud merupakan contoh cawangan terbaik di Sabah,” kata Kapt (B) Zulkiflie Ibrahim, “mereka begitu komited dalam memperjuan­gkan bekasbekas tentera. Penganjura­n program sebegini adalah wadah terbaik bagi mereka untuk saling kenal.” -

(Artikel sumbangan Mabulmaddi­n Haji Shaiddin)

 ??  ?? SEBAHAGIAN tetamu bergambar ramai bersama para VIP program itu. Kelihatan dalam gambar, Zulkiflie (duduk, empat dari kiri) dan Syahrizal (duduk).
SEBAHAGIAN tetamu bergambar ramai bersama para VIP program itu. Kelihatan dalam gambar, Zulkiflie (duduk, empat dari kiri) dan Syahrizal (duduk).
 ??  ?? ABD GARI menyampaik­an hamper kepada salah seorang ahli PVATM Kota Belud yang memenangi cabutan tiket bertuah.
ABD GARI menyampaik­an hamper kepada salah seorang ahli PVATM Kota Belud yang memenangi cabutan tiket bertuah.
 ??  ?? (Gambar bawah) ANTARA tetamu majlis sambutan Hari Raya PVATM Kota Belud itu.
(Gambar bawah) ANTARA tetamu majlis sambutan Hari Raya PVATM Kota Belud itu.
 ??  ?? OSMAN berduet dengan isterinya menghiburk­an para tetamu majlis berkenaan.
OSMAN berduet dengan isterinya menghiburk­an para tetamu majlis berkenaan.
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) MARSHID (berdiri) menerangka­n sesuatu kepada Zulkiflie (kiri) dan Syahrizal (kanan).
(Gambar atas) MARSHID (berdiri) menerangka­n sesuatu kepada Zulkiflie (kiri) dan Syahrizal (kanan).
 ??  ?? KETUA PVATM cawangan Kota Belud, Hj Azim Abdullah.
KETUA PVATM cawangan Kota Belud, Hj Azim Abdullah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia