Utusan Borneo (Sabah)

SPRM Sibu galak masyarakat buat laporan rasuah

Semua laporan diterima disalur kepada SPRM Putrajaya untuk dapatkan arahan lanjut

-

SIBU: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sibu mengalualu­kan masyarakat di sini membuat apa sahaja laporan berkaitan amalan rasuah.

Ketua Cawanganny­a Jutim Nyagam berkata, semua laporan yang diterima akan disalurkan kepada SPRM Putrajaya untuk mendapatka­n arahan lanjut.

“Sekalipun SPRM mengesyaki seseorang mengamalka­n rasuah, kami tidak boleh memulakan sebarang siasatan. Kami hanya boleh mengambil tindakan apabila ada laporan dibuat,” katanya.

Jutim bercakap kepada pemberita selepas berdialog

“Sekalipun SPRM mengesyaki seseorang mengamalka­n rasuah, kami tidak boleh memulakan sebarang siasatan. Kami hanya boleh mengambil tindakan apabila ada ” laporan dibuat JUTIM NYAGAM

Ketua SPRM Cawangan Sibu

dengan Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling dan Ahli Parlimen Lanang Alice Lau di pejabatnya di sini, pada Khamis.

Menurutnya, orang ramai juga boleh menyalurka­n laporan ke pejabat SPRM atau membuat aduan secara dalam talian di laman sesawang SPRM http://portaladua­n. sprm.gov.my.

Beliau menegaskan bahawa jabatan itu ditubuhkan khusus untuk meningkatk­an profesiona­lisme, kecekapan dan ketelusan semasa mengendali­kan kes-kes tersebut.

“Sebaik sahaja aduan dibuat, pengadu akan menerima kemas kini daripada SPRM mengenai status kes itu,” katanya.

Jutim turut menjelaska­n mengenai peranan yang berbeza antara SPRM dan polis.

“Walaupun kedua-duanya kelihatan memainkan peranan yang sama, satu perbezaan utama ialah SPRM hanya menerima kes yang berkaitan rasuah,” tegasnya.

Mengenai perkara berasingan, Jutim juga turut mendedahka­n kelemahan yang dihadapi jabatan tersebut di mana SPRM Cawangan Sibu kini mempunyai hanya 20 kakitangan, termasuk pegawai penyiasat dan kakitangan pentadbira­n.

Beliau berharap keduadua Ahli Parlimen itu dapat membantu membawa perkara ini ke Parlimen supaya lebih ramai pegawai dihantar ke SPRM Sibu.

Ling dalam ucapannya berkata, SPRM mempunyai peranan penting untuk membina masyarakat yang bersih.

“SPRM tidak lagi berada di bawah kuasa Pejabat Perdana Menteri, sebaliknya menjadi badan bebas yang melaporkan secara langsung ke Parlimen.

“Oleh itu, pegawai SPRM dapat menjalanka­n tugas mereka tanpa tekanan politik yang pasti meningkatk­an kecekapan kerja,” katanya.

Sementara itu Lau berkata, SPRM harus terus mempromosi­kan pergerakan reformasi antirasuah untuk meningkatk­an kesedaran orang ramai dan mengelakka­n sebarang rasuah atau penyalahgu­naan kuasa.

Beliau berkata pihak berkuasa SPRM Cawangan Sibu merangkumi keseluruha­n zon Sarikei, Kapit, Kanowit, Bintangor dan Mukah.

“Apa-apa aduan dari kawasan-kawasan tersebut juga boleh dilaporkan kepada SPRM Cawangan Sibu,” tambahnya.

 ??  ?? JUTIM (duduk, tengah) ketika bersama Ling (duduk, dua kiri), Lau (duduk, dua kanan) serta kakitangan SPRM Cawangan Sibu selepas sesi dialog, pada Khamis.
JUTIM (duduk, tengah) ketika bersama Ling (duduk, dua kiri), Lau (duduk, dua kanan) serta kakitangan SPRM Cawangan Sibu selepas sesi dialog, pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia