Utusan Borneo (Sabah)

Pecah amanah, budak pejabat dipenjara setahun

-

SIBU: Seorang budak pejabat dijatuhkan hukuman setahun penjara setelah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan pecah amanah.

Tertuduh, Zunaidi, 36, terdahulu dijatuhkan hukuman setahun penjara bagi setiap pertuduhan yang dibaca mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Mahkamah bagaimanap­un memerintah­kan tertuduh menjalani ketiga-tiga hukuman penjara itu secara serentak.

Mengikut pertuduhan pertama, Zunaidi didakwa menyalah guna wang syarikat untuk kegunaan diri sendiri berjumlah RM168.35 pada 17 November, 2017, di sebuah syarikat di Jalan Lanang.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan sama di sebuah syarikat di Jalan Hulu Lanang pada 29 November, 2017, melibatkan wang syarikat sebanyak RM112.45.

Sementara bagi pertuduhan ketiga, Zunaidi menyalahgu­nakan wang syarikat sebanyak RM378.95 pada 3 Februari, 2018, di sebuah syarikat di Jalan Long Bridge.

Berdasarka­n fakta kes, pengadu yang juga pengurus syarikat tempat tertuduh bekerja mendapati tertuduh gagal menyerahka­n wang yang dikutipnya daripada pelanggan syarikat dalam tiga kejadian berasingan, melibatkan kerugian RM828.

Siasatan polis kemudian mendapati tertuduh yang diamanahka­n untuk mengutip bayaran daripada tiga syarikat terbabit tidak menyerahka­n wang itu kepada majikannya.

Ketiga-tiga pelanggan syarikat itu juga menegaskan telah menyerahka­n wang bayaran kepada tertuduh selepas tertuduh memberikan salinan resit syarikat kepada mereka.

Bagaimanap­un, pengadu tidak pernah menerima wang terbabit daripada tertuduh.

Dalam rayuan, Zunaidi memberitah­u dirinya telah berkeluarg­a serta mempunyai empat anak yang masih bersekolah berusia antara lima hingga 12 tahun.

Tertuduh memberitah­u dia juga menjaga keduadua orang tuanya, manakala isterinya tidak bekerja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia