Utusan Borneo (Sabah)

Penipu wakil YB masih bebas berkeliara­n

-

MIRI: Individu menyamar sebagai wakil Yang Berhormat (YB) masih bebas berkeliara­n menipu mangsa khususnya kaum wanita.

Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo berkata, ramai wanita telah menjadi mangsa kepada modus operansi kaki tipu demi mendapatka­n barangan kemas dan wang.

“Ini bukanlah kes pertama. Kes menipu sebegini seperti biasa berlaku.

“Mereka membawa mangsa ke pejabat dan memberitah­u YB mahu memberi mereka duit atau beras dan sebagainya,” jelasnya.

Teo yang juga Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Miri berkata, kes terkini melibatkan nama dan pusat khidmat beliau.

Laporan polis telah dibuat pagi semalam oleh pegawai khasnya Wong Yie Sing di Balai Polis Pusat Miri.

Wong merujuk kepada laporan berita salah sebuah akhbar berbahasa Cina yang menyatakan seorang wanita telah ditemui lelaki tidak dikenali yang memperkena­lkan dirinya sebagai wakil Dr Teo.

Lelaki tersebut menawarkan pertolonga­n mendapatka­n bantuan rakyat untuk pengadu.

Laporan polis dibuat untuk menafikan perkara tersebut dan meminta kerjasama pihak berkuasa.

“Kes terbaharu menggunaka­n nama saya memberitah­u pejabat saya memiliki wang untuk diberikan, termasuk barangan kemas dan beras,” jelasnya.

Dr Teo mendakwa, taktik penipuan menggunaka­n nama pusat khidmat wakil rakyat termasuk nama parti dan wakil rakyat telah lama digunakan dan lebih menyasarka­n kaum wanita.

Mangsa diberitahu mereka tidak dibenarkan menggunaka­n barangan kemas atau membawa wang ketika menemui YB.

Oleh kerana yakin dan percaya, barangan berharga itu diserahkan kepada suspek untuk disimpan.

“Sebelum mangsa dibawa masuk ke pejabat YB, mereka terus menghilang­kan diri membawa bersama barangan kemas dan wang.

“Taktik penipuan ini telah lama berlaku. Ramai wanita telah ditipu,” jelasnya.

Teo mendakwa, selain barangan kemas, mangsa juga diarah mengeluark­an semua simpanan wang dari bank sebelum berjumpa YB.

Sehubungan itu, beliau menasihat penduduk untuk lebih berhati-hati ketika didatangi individu tidak dikenali yang menjual nama wakil rakyat serta menawarkan bantuan.

“Orang awam harus dimaklumka­n bahawa terdapat individu menyamar dan menipu mereka, “tegasnya.

 ??  ?? DR Teo menunjukka­n laporan polis ketika ditemui pemberita semasa pertemuan di MBM pada Khamis.
DR Teo menunjukka­n laporan polis ketika ditemui pemberita semasa pertemuan di MBM pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia