Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan GPS beri perhatian kepada keperluan kemudahan asas luar bandar

-

SEBUYAU: Dasar kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memberi perhatian kepada keperluan kemudahan asas rakyat luar bandar.

Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi berkata antara usaha kerajaan G P Si alah melengkapk­an pembinaan jalan pesisir Sarawak termasuk membina semua jambatan di sepanjang laluan jalan berkenaan, membina jalan terputus (missing link) dan menaik taraf jalan pesisir sedia ada dari selatan hingga utara negeri ini.

Menurutnya jambatan jambatan berkenaan ialah Jambatan Rambungan, Jambatan Batang Lupar, Jambatan Batang Saribas, Jambatan Krian, Jambatan Batang Paloh, Jambatan Muara Lassa, Jambatan Igan dan Jambatan Batang Lupar.

Katanya semua jambatan itu dibina menggunaka­n dana negeri kecuali Jambatan Rambungan dan Jambatan Batang Lupar dibina secara perkongsia­n peruntukan 50 peratus kerajaan negeri dan 50 peratus lagi kerajaan persekutua­n.

“Pembinaan Jambatan Igan yang diluluskan kerajaan pusat sebelum ini, kita berharap kerajaan pusat iaitu kerajaan Pakatan Harapan (PH) meneruskan pembinaann­ya termasuk Jambatan Rambungan dan Jambatan Batang Lupar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Gawai Raya di Kampung Sungai Ladong di sini, semalam.

Julai h i yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau berkata penubuhan GPS terdiri daripada parti politik Sarawak iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) amat relevan.

“GPS yang diwakili orang Sarawak, cukup faham tentang latar belakang dan keperluan rakyat Sarawak.

“Sudah semestinya penubuhan GPS ini amat relevan sekali kerana ia berpangkal­an di Sarawak, akan mempunyai ‘political autonomy’ untuk mempunyai dasar mempertaha­nkan hakhak rakyat serta negeri ini,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia