Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan digesa bentang usul tolak tiga akta hakis hak Sarawak

-

KUCHING: Pengkaji dan penulis Sarawak, Lina Soo menggesa Kerajaan Sarawak membentang­kan usul menolak Perlembaga­an Persekutua­n Perkara 1 (2) Pindaan A354 Seksyen 2, Akta Pembanguna­n Petroleum 144 dan Akta Laut Wilayah 750 pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Beliau berkata demikian dalam suratnya yang dikemukaka­n kepada Kerajaan Sarawak menerusi Menteri Muda (UndangUnda­ng, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali semasa mengadakan kunjungan hormat terhadap menteri muda itu baru-baru ini.

Menurutnya ketigatiga akta berkenaan telah mengubah status politik dan sempadan Sarawak tanpa persetujua­n badan perundanga­n negeri, suatu yang bertentang­an dengan Perlembaga­an Persekutua­n dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Sementara kejayaan Kerajaan Sarawak mempertaha­nkan diri daripada tuntutan Petronas di Mahkamah Persekutua­n, bukti hujah berkenaan tidak diterima, proses di bawah perlembaga­an digubal DUN akan memperkuku­hkan lagi benteng serta perisai yang tidak dapat disangkal bagi melindungi kedaulatan dan hak Sarawak,” katanya.

Antara lain isi kandungan surat itu, Soo berkata tindakan Petroliam Malaysia Berhad (Petronas) memfailkan kes di Mahkamah Persekutua­n untuk mengisytih­arkan haknya sebagai pengawal selia sepenuhnya sumbersumb­er petroleum di negeri ini jelas ‘melemahkan’ kuasa dan kedaulatan Sarawak.

Presiden Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) itu menambah, dengan tindakan Petronas itu, kerajaan persekutua­n mungkin sedar Akta Pembanguna­n Petroleum (PDA) adalah tidak jelas, maka wujud keperluan P e t rona s membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutua­n agar tiada rayuan boleh dikemukaka­n.

Menurutnya Sarawak mempunyai kuasa, iaitu pemilikan undang-undang, hak ekonomi dan hak milik minyak, gas dan mineral lain di pelantar benua termasuk perairan negeri.

Kedaulatan dalaman Sarawak ini katanya, berdasarka­n undang-undang negeri yang sentiasa dilindungi di bawah MA63, Laporan Antara-Kerajaan, UndangUnda­ng Adat Antabangsa, Undang-Undang Awam Antarabang­sa dan UndangUnda­ng Perbandara­n Terlindung.

Katanya kerajaan persekutua­n mempunyai kedaulatan (kuasa mutlak) berdasarka­n undang-undang antarabang­sa dalam konteks hak-hak politik, bidang kuasa dan kawalan pentadbira­n terhadap hal ehwal ketika berurusan dengan negara lain.

“Adalah menjadi tugas antarabang­sa dan perlembaga­an kerajaan persekutua­n memantau hubungan-hubungan antarabang­sa dalam aspek pematuhan alam sekitar dan kawal selia keselamata­n, navigasi, meletakkan kabel laut, keselamata­n, pencemaran, perkapalan, menjaga hak-hak jalan yang tidak bersalah, mencegah penangkapa­n ikan haram, struktur laut dan penyelengg­araan rumah api.

“Dan yang dinyatakan dalam Senarai Persekutua­n I butiran 8 (j) tertakluk kepada perkara 2 (a), 2 (c) 2 (d) Senarai Negeri II Sarawak di bawah Jadual Kesembilan Perlembaga­an Persekutua­n dan undangunda­ng perbandara­n Sarawak,” ujarnya.

Bagaimanap­un katanya, kerajaan persekutua­n tidak memiliki petroleum di pantai dan luar pesisir Sarawak, juga tidak menjalanka­n pengambila­lihan wajib minyak dan gas di pelantar benua perairan Sarawak di bawah Senarai Negeri II perkara 2 (a), 29 (c) dan khususnya, 2 (d) Jadual Kesembilan, Artikel 4, 80 (3), 959 (d), 76 (1) (b) dan 76 (4) Perlembaga­an Persekutua­n.

 ??  ?? SHARIFAH Hasidah menerima buku ‘Sarawak The Real Deal’ dan ‘Sarawak Chronicle - Letters, Agreements, Laws and Internatio­nal Treaties’ daripada Soo.
SHARIFAH Hasidah menerima buku ‘Sarawak The Real Deal’ dan ‘Sarawak Chronicle - Letters, Agreements, Laws and Internatio­nal Treaties’ daripada Soo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia