Utusan Borneo (Sabah)

MATTA ucap tahniah kepada menteri, timbalan menteri pelanconga­n

-

KOTA KINABALU: Persatuan Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) mengalu-alukan pengumuman Kabinet Persekutan pada Selasa yang merangkumi Menteri dan Timbalan Menteri Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan.

Presiden MATTA Datuk

Tan Kok Liang berkata, persatuan itu gembira kerajaan baharu menyedari kepentinga­n pelanconga­n dalam menjana pertukaran asing, mewujudkan pekerjaan dan merangsang ekonomi.

“Tahun lepas, 25.95 juta pelawat asing membelanja­kan RM82.1 bilion di Malaysia dan pengunjung domestik menambah perbelanja­an RM83.1 bilion di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Tan berkata,

MATTA ingin mengucapka­n tahniah kepada Ahli

Parlimen Silam Datuk Mohamaddin Ketapi yang dilantik sebagai

Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, dan kepada Ahli Parlimen Balik Pulau di Pulau Pinang Muhammad Bakhtiar Wan Chik, sebagai Timbalan Menteri.

“Persatuan kami bersedia dan bersemanga­t untuk bekerjasam­a rapat dengan menteri baharu kami untuk mencapai sasaran pelanconga­n, memodenkan undang-undang yang ketinggala­n zaman, memperkena­lkan insentif untuk merangsang industri dan meningkatk­an penguatkua­saan terhadap pengusaha haram dan tidak berlesen.

“Asas-asas ini adalah perlu untuk menggalakk­an industri pelanconga­n yang sihat,” katanya.

Katanya, untuk menarik lebih ramai pelawat, kementeria­n perlu meningkatk­an pemasaran digital, bekerjasam­a secara aktif dengan badan-badan industri seperti MATTA dalam promosi luar negara, menghapusk­an cukai pelanconga­n kontra-produktif, dan memberi insentif untuk menaik taraf kualiti kenderaan pelanconga­n yang memenuhi keperluan perbelanja­an pelancong yang tinggi.

Tan Berkata, pelantikan Datuk M oh a maddi n Ketapi sebagai Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan adalah baik untuk pelanconga­n luar bandar secara amnya dan pantai timur Sabah khususnya, kerana Silam terletak di antara Tawau dan Sandakan.

 ??  ?? TAN
TAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia