Utusan Borneo (Sabah)

Pertumbuha­n pembayaran tanpa sentuh terus jadi bidang tumpuan: Mastercard

-

KUALA LUMPUR: Transaksi tanpa sentuh Mastercard berkembang sebanyak 195 peratus dari segi tahun ke tahun bagi tempoh Januari hingga Mac 2018, menunjukka­n semakin pentingnya pembayaran tanpa sentuh berikutan kaedah pilihan epembayara­n melalui kad atau telefon bimbit, lebih cepat, mudah dan selamat.

Pengurus Negara Mastercard Malaysia dan Brunei Perry Ong berkata Malaysia tidak terkecuali susulan sejak tahun lalu, data Mastercard menunjukka­n aliran yang meningkat dari segi penggunaan pembayaran tanpa sentuh.

“Mastercard melihat semakin ramai rakyat Malaysia memilih tanpa sentuh atau ‘Tap and Go’ untuk barangan kecil, sama ada untuk makan, minyak atau membuat pembelian di kedai serbaneka.

“Kami mendapati ia menggalakk­an susulan ia menunjukka­n kesediaan rakyat Malaysia untuk menyesuaik­an diri dengan kemajuan pembayaran dan keyakinan mereka terhadap pembayaran tanpa sentuh sebagai cara yang mudah, selamat dan bijak untuk membuat pembayaran barangan pada setiap hari,” katanya dalam kenyataan.

Berdasarka­n kepada data Mastercard, jumlah terminal tanpa sentuh di Malaysia meningkat dengan ketara, mencatatka­n peningkata­n sebanyak 400 peratus antara 2016 dan 2017.

Menjelang 2020, Malaysia menyasarka­n 800,000 terminal semasa jualan (POS) dan daripada jumlah tersebut, 30 peratus tanpa sentuh – bersamaan hampir satu perempat daripada sejuta terminal.

“Data Mastercard menunjukka­n Malaysia dijangka mencapai sasaran tanpa sentuhnya sebagai sebahagian daripada komitmenny­a yang lebih besar untuk memacu penggunaan dan akses pembayaran digital.

“Kerjasama yang lebih baik dengan penggiat industri dan pendidikan yang berterusan mengenai manfaat pembayaran tanpa sentuh dalam kalangan pengguna dan peniaga akan menjadi landasan untuk merealisas­ikan matlamat ini,” kata Ong.

Berdasarka­n laporan lain, transaksi tanpa sentuh menyumbang 15 peratus daripada semua transaksi global di POS pada 2017, dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 53 peratus dalam tempoh lima tahun, yang bermakna menjelang 2022, lebih daripada satu dalam dua transaksi di peringkat global adalah tanpa sentuh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia