Utusan Borneo (Sabah)

Melaka tumpu usaha tarik pelaburan pelanconga­n, industri dan pelabuhan dari China

-

MELAKA: Kerajaan Melaka kini menumpukan usaha menarik pelaburan dalam sektor pelanconga­n, perindustr­ian dan pelabuhan dari China, kata Ketua Menteri Adly Zahari.

Beliau berkata Melaka menarik lebih 16 juta pelancong pada 2017 dan dianggarka­n 17.8 juta pelancong akan tiba di negeri ini tahun ini, oleh itu ia membuka banyak peluang pelaburan untuk pelabur China.

“Bilangan pelancong terbesar (tiba di Melaka) adalah dari China, diikuti Singapura dan Indonesia. Jadi, kalau kita melihat peluang (untuk pelaburan) yang ada, saya berpandang­an adalah wajar kita memberikan kerjasama,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan delegasi yang terdiri 80 anggota Dewan Perniagaan Malaysia-China dan peserta industri dari negara tersebut.

Adly berkata, pelaburan dalam sektor perindustr­ian di Melaka juga amat memberangs­angkan apabila negeri itu memperoleh pelaburan berjumlah RM4.65 bilion tahun lepas dengan RM2.25 bilion adalah pelaburan asing, manakala selebihnya pelaburan tempatan.

“Perindustr­ian dan pembuatan adalah tulang belakang pembanguna­n Melaka yang menyumbang sekitar 43 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar negeri bagi tempoh 15 tahun. Pelabur dari China tidak perlu bimbang kerana pelaburan dalam sektor ini masih luas di Melaka,” katanya.

Beliau berkata, Melaka turut menumpukan usaha membangunk­an tiga pelabuhan utama iaitu Pelabuhan Melaka Gateway, Pelabuhan Tanjung Bruas dan Pelabuhan Kuala Linggi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia