Utusan Borneo (Sabah)

IKIMfm diikuti 2 juta pendengar

-

RADIO Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) menganggar siarannya dapat didengari oleh hampir dua juta pendengar, merangkumi pendengar tempatan dan negara jiran.

Anggaran rasmi oleh pihak GfK (Malaysia), syarikat pengkaji antarabang­sa terhadap rangkaian di Malaysia yang terkini telah mencatatka­n terdapat seramai 1.157 juta pendengar IKIMfm di Semenanjun­g Malaysia mengikuti stesen radio berkonsepk­an pendekatan Islam ini.

“Jika mengambil kira keseluruha­n pendengar, termasuk di Sabah dan Sarawak, malah siaran ini turut meliputi sebahagian selatan Thailand, Singapura dan Batam, Indonesia, dijangkaka­n IKIMfm dapat didengari oleh hampir dua juta pendengar,” menurut satu kenyataan yang dikeluarka­n stesen itu bersempena ulang tahun ke-17 penubuhann­ya.

IKIMfm telah dilancarka­n secara rasmi pada 6 Julai 2001 oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, merupakan satu-satunya stesen radio berkonsepk­an pendekatan Islam yang beroperasi selama 24 jam sehari setiap hari ke seluruh negara.

IKIMfm menggabung­kan program yang bersifat mendidik jiwa dan juga program berbentuk hiburan yang mendidik, di samping turut menyajikan pelbagai maklumat yang bermanfaat.

Kira-kira 95 peratus programnya dalam bahasa Melayu manakala selebihnya dalam bahasa Arab dan Inggeris.

“Bermula sebagai satu-satunya radio tanah air beroperasi menggunaka­n sistem digital sepenuhnya, IKIMfm mengorak langkah membina nama sebagai radio Islam tunggal negara bersiaran 24 jam menyebarka­n kefahaman Islam bukan sekadar di bumi Malaysia, malah lebih membanggak­an IKIMfm hari ini telah didengari di seluruh dunia dengan wujudnya aplikasi radio secara online,” menurut kenyataan IKIMfm itu.

Katanya, kejayaan program terbitan IKIMfm dapat dilihat berdasarka­n penganjura­n Anugerah Nasyid 2017 (AN17) yang pertama kalinya dianjurkan pada 2004.

Program AN17 yang dianjurkan menerusi penerbitan slot Carta Nasyid IKIMfm, ke udara pada setiap Sabtu, turut memberi pengiktira­fan kepada penyanyi, penulis dan komposer lagu-lagu nasyid tempatan.

“Sempena ulang tahun ke-17 IKIMfm terus mengikat pendengar untuk terus bersama, dengan memantapka­n program-program sedia ada dan ditambah dengan kemunculan program-program baharu, yang menjadikan IKIMfm terus unggul menjadi pilihan utama pendengar setianya.

“Dengan kematangan usia 17 tahun, IKIMfm juga mengorak langkah mendekati pendengar melalui pelbagai cara, bukan hanya penerbitan program di radio, malah penganjura­n acara luar seperti Karnival Mahabbah IKIMfm, Imarah Ramadan dan misi kemanusiaa­n,” kata kenyataan itu.

— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia