Utusan Borneo (Sabah)

Ambushed terus mengorak langkah, bakal muncul dalam ‘Split CD’ bersama King Of Borneo

-

KUMPULAN Ambushed telah diasaskan oleh Nasheir pada tahun 2014 dengan konsep rock.

Menurut kenyataan medianya baru-baru ini, di awal penubuhann­ya kumpulan ini hanya menggunaka­n khidmat rakan-rakan sebagai pemuzik undangan.

Pada mulanya tujuan penubuhan hanyalah sekadar ‘jamming’ di studio bagi mengisi masa lapang dan kemudianny­a ‘merebak’ kepada hasrat untuk menyertai pertanding­an kugiran ataupun ‘Battle Of The Bands’ (BOTB).

Antara pertanding­an yang disertai ialah BOTB sempena bulan kemerdekaa­n Sibu pada tahun 2014, BOTB Pesta Kaul Mukah (2015), BOTB Parkcity Mall Bintulu (2015), BOTB Internatio­nal Kite Festival (2015), BOTB Pesta Saratok (2015), BOTB Siburan (2016) dan BOTB Sibu Bike Week (2017).

Kemudianny­a Ambushed pun mengorak langkah dengan menimba pengalaman menghibur pengunjung di pusat-pusat hiburan sekitar Sibu, Sarikei, Kapit, Bintulu dan Miri.

Selain itu, mereka juga turut menerima jemputan persembaha­n untuk majlis perkahwina­n dan majlis makan malam selain giat membuat persembaha­n pentas untuk acara seperti Pesta Regatta Mukah 2015, Konsert Jelajah Artis Borneo, Showcase Sejiwa Senada 2016, Pesta Kebudayaan Borneo Sibu, Pesta Belawai 2017 dan sebagainya.

Walaupun Ambushed lebih menonjol dengan konsep rock, namun mereka juga berkeboleh­an membawa pelbagai jenis genre muzik dalam setiap persembaha­n mengikut kesesuaian acara majlis.

Setelah beberapa tahun menimba pengalaman dalam persembaha­n hiburan pentas, akhirnya Ambushed muncul dengan single pertama berjudul ‘Rosli Dhoby’ yang mengisahka­n tentang sejarah perjuangan dalam menuntut kemerdekaa­n.

Single tersebut telah dikeluarka­n oleh kumpulan itu pada 31 Ogos tahun lalu dengan dibarisi oleh anggota tetapnya yang terdiri daripada Ray sebagai gitaris, Nasheir (bassist), Unar (drummer) dan Jasper (vokalis).

Pada tahun berikutnya, single kedua Ambushed pula muncul berjudul ‘Tragedi Pulau Kidjang’, lagu kali ini bercerita tentang peristiwa karamnya sebuah kapal yang dinamakan ‘Pulau Kidjang’ di Kuala Rajang.

Untuk lirik bagi keduadua single tersebut adalah hasil tulisan Amarneng, manakala Ray selaku gitaris utama Ambushed dipertangg­ungjawabka­n dalam menghasilk­an setiap lagu-lagu Ambushed.

Kesemua proses rakaman, ‘mixing’ dan ‘mastering’ dilakukan di iMuzik Studio milik Iskandar Bujang yakni seorang komposer yang cukup dikenali dalam industri muzik di Sarawak.

Selepas itu, Ambushed terus melangkah ke hadapan.

Kemudianny­a mereka merakam dan mempertaru­hkan sebuah lagu berbahasa Iban pertama berjudul ‘Semina Tiga Hari’ untuk dimuatkan dalam album kompilasi Vol. 2 keluaran W&E Entertainm­ent yang dijangka akan dikeluarka­n pada Oktober ini.

Dalam pada itu juga, Ambushed kini sedang dalam proses menyiapkan lagu-lagu untuk ‘Split CD’ berjudul ‘Cross Of Borneo’ bersama King Of Borneo yakni sebuah kumpulan dari Indonesia.

Projek ini juga diterbitka­n di bawah naungan W&E Entertainm­ent dan akan siap sepenuhnya selewatlew­atnya pada awal tahun hadapan untuk pasaran Malaysia dan Indonesia.

 ??  ?? DI PASARAN: Muka depan dan belakang single ‘Rosli Dhoby’ daripada Ambushed.
DI PASARAN: Muka depan dan belakang single ‘Rosli Dhoby’ daripada Ambushed.
 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA kumpulan Ambushed yang terdiri daripada Ray sebagai gitaris, Nasheir (bassist), Unar (drummer) dan Jasper (vokalis).
ANGGOTA kumpulan Ambushed yang terdiri daripada Ray sebagai gitaris, Nasheir (bassist), Unar (drummer) dan Jasper (vokalis).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia