Utusan Borneo (Sabah)

JBPM akan perjelas kewajaran Elaun Khas Skim Perkhidmat­an Bomba

-

ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mengadakan pertemuan dengan agensi pusat dibawa h Kementeria­n Kewangan dan Jabatan Perkhidmat­an Awam bagi menjelaska­n kewajaran Elaun Khas Skim Perkhidmat­an Bomba.

Ketua Pengarahny­a Mohammad Hamdan Wahid berkata elaun yang dituntut hanya RM200 untuk semua pegawai serta anggota JBPM dan permohonan tersebut sudah dibuat sejak 2015.

“Tuntutan itu juga munasabah dan setanding dengan tugas-tugas yang dijalankan iaitu menangani bencana meskipun boleh membahayak­an nyawa dan berisiko tinggi antaranya kebakaran, banjir dan kemalangan,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja di Ibu Pejabat JBPM Kedah di sini, Ahad.

Katanya sekiranya diluluskan, elaun itu akan memberi manfaat kepada 14,761 warga kerja JBPM melibatkan­kan peruntukan kira-kira RM35.4 juta setahun.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin mengenai kertas kabinet bagi Elaun Khas Skim Perkhidmat­an Bomba sebanyak RM200 yang telah sedia untuk dibentang bagi mendapatka­n kelulusan dalam mesyuarat kabinet.

Mengulas perkembang­an lain, beliau berkata JBPM akan berkolabor­asi dengan institusi-institusi yang mempunyai kepakaran dalam bidang robotik dan peralatan moden untuk diguna pakai dalam operasi kebombaan yang berisiko tinggi seperti kes kebakaran tangki simpanan minyak.

“Ada sesetengah negeri yang telah menggunaka­n peralatan moden seperti dron untuk melihat dan menilai tahap kebakaran sekiranya ia berlaku di kawasan yang luas tetapi pembelian akan dibuat mengikut tahap kewangan yang ada.

“Kolaborasi dengan pihak universiti yang mempunyai kemahiran dalam bidang robotik juga akan diadakan dan sebelum ini kita pernahber kerjasama dengan sebuah universiti tempatan. Di Jepun, mereka mempunyai robot yang boleh memanjat dinding untuk melihat kawasan yang tertutup, jadi sudah tiba masanya JBPM pula kembangkan penggunaan robotik ini,” katanya.

Sementara itu, Mohammad Hamdan berkata projek pembinaan semula rumah terbakar atau rumah daif dan projek membaik pulih rumah daif dan usang di bawah program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) tidak dihentikan.

Sebaliknya kata beliau projek itu akan dikaji semula dari segi pelaksanaa­n dan kumpulan sasar.

 ?? -Gambar Bernama ?? MOHAMMAD Hamdan bermesra dengan Ketua-Ketua Balai Bomba Daerah selepas memeriksa perbarisan kehormat ketika mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat JBPM Kedah di Jalan Suka Menanti, Ahad.
-Gambar Bernama MOHAMMAD Hamdan bermesra dengan Ketua-Ketua Balai Bomba Daerah selepas memeriksa perbarisan kehormat ketika mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat JBPM Kedah di Jalan Suka Menanti, Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia