Utusan Borneo (Sabah)

Empat rang undang-undang akan dibentang di sidang DUN Sarawak

-

KUCHING: Empat Rang Undang-undang (RUU) akan dibentang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang akan bersidang selama selama lapan hari bermula esok hingga 18 Julai, kata Speaker berkenaan, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Menurut beliau, RUU itu tersebut ialah RUU Perbekalan Tambahan (2017) 2018; RUU Perbekalan Tambahan (2018) 2018; RUU Perlombong­an Minyak (Pindaan) 2018 dan RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2018.

Mohamad Asfia berkata RUU Perbekalan Tambahan (2017) 2018 dan RUU Perbekalan Tambahan (2018) 2018 akan dibentang Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Wong Soon Koh.

“Rang Undang-undang Perlombong­an Minyak (Pindaan) 2018 akan dibentang Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan dan Menteri Kedua Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli.

“Rang Undang-undang Kanun Tanah (Pindaan) 2018 pula akan dibentang Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah,” katanya.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas mesyuarat prasidang DUN yang dipengerus­ikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di sini pada Ahad.

Mohamad Asfia berkata persidanga­n itu akan menyaksika­n 380 soalan dikemuka oleh 50 wakil rakyat dan empat usul dibentangk­an.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia