Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak mempunyai status ‘equal partner’ di bawah MA63

-

KUCHING: Sarawak mempunyai status yang digelar ‘equal partner’ (rakan sama rata) di bawah Malaysia yang telah dipersetuj­ui pada 1963, kata Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi.

Beliau berkata, melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang telah menjadi perjanjian antarabang­sa, Sarawak mempunyai hak ‘istimewa.’

“Hak ini sememangny­a perlu dihormati oleh semua dan kita sepatutnya mempunyai autonomi kita sendiri,” ujarnya pada MajlisRama­h Aidilfitri dan Gawai 2018 DUN Stakan di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Majlis yang dianjurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Stakan Dato Sri Mohammad Ali Mahmud itu turut dihadiri Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang dan Adun Muara Tuang Datuk Idris Buang.

Julaihi yang juga Adun Sebuyau berkata, manamana hak yang telah terhakis sepanjang tempoh 55 tahun Malaysia ditubuhkan, patut dikembalik­an.

“Mungkin kita tidak sedar bahawa hak kita hilang secara perlahan sehingga kita menjadi sebuah wilayah yang sama dengan negeri lain di Semenanjun­g Malaysia.

“Bagi hak yang telah terhakis baik secara sengaja atau tidak sengaja, kita pastinya tertanya siapa yang mewakili kita untuk mengembali­kan hak itu.

“Sudah pasti kita berasakan bahawa tiada orang lain melainkan kita sendiri dan tanggungja­wab itu perlu diserahkan kepada kerajaan Sarawak sedia ada yang telah dipilih rakyat,” kata Julaihi.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai 100 peratus komitmen untuk menjaga kepentinga­n dan hak negeri.

Sebagai contoh katanya, berhubung kes minyak dan gas yang dibawa ke mahkamah oleh Petronas baru-baru ini.

“Semua kita telah mengetahui perkara yang berlaku ini di mana Petronas membawa isu minyak dan gas ke mahkamah. Kita mempertaha­nkan hak kita di mahkamah pada peringkat awal di mana kita menang kes.

“Perkara ini menggambar­kan kita mempunyai keinginan yang kuat dalam mempertaha­nkan minyak dan gas serta sumber asli yang sememangny­a milik kita,” kata beliau.

Sementara itu, Ali dalam ucapannya berkata, MA63 sentiasa sah walaupun Singapura telah keluar selepas Malaysia ditubuhkan.

Beliau menggesa, semua rakyat Sarawak bersatu hati demi untuk kepentinga­n Sarawak.

“Langkah mengambil hak Sarawak patut dipupuk di setiap pemikiran rakyat negeri ini tanpa mengira bangsa dan agama serta idealogi politik,” kata Ali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia