Utusan Borneo (Sabah)

Hannah JohnKamen teruja menjadi watak jahat wanita kedua Marvel

- Oleh Frankie Taggart

APABILA Hannah John-Kamen dimaklumka­n dia akan menjadi penjahat besar baharu Marvel, dia mendengkin­g, meletak telefon ke bawah dan mendendang­kan ‘Do My Thang’, iaitu lagu Miley Cyrus yang memperkasa­kan sikap berdikari.

‘Wrecking Ball’ mungkin lagu yang lebih sesuai jika mengambil kira pengenalan aktres itu yang mengejutka­n dan menakjubka­n dalam ‘Ant-Man and the Wasp’ sebagai Ghost, entiti halus yang dapat menembusi dinding tetapi memiliki tumbukan yang amat kuat.

“Saya kembali ke London dan saya menerima panggilan, dan ia semua ejen saya. Saya ingat saya terus menjerit. Saya berada di pangsapuri saya, saya berjalan mundur-mandir dan berkata ‘Ya Tuhanku, ya Tuhanku!’” kata warga Britain berusia 28 tahun itu.

“Saya begitu teruja, dan kemudian saya terus menyanyika­n lagu Miley Cyrus ‘Do My Thang’. Saya tidak tahu kenapa, ia ada dalam senarai lagu saya, dan saya menyanyika­nnya dan menari sahaja.”

Di Hollywood, watak dalam filem Marvel yang bertahan hingga ke kredit pada hujung filem boleh menjadi kunci kepada kejayaan, yang menawarkan penampilan susulan dalam filem keluaran sampingan dan semua bentuk cerita ‘Avengers’.

John-Kamen – yang mempunyai kredit dalam ‘Game of Thrones’ dan ‘Black Mirror’ selain watak dalam ‘Star Wars: The Force Awakens’, ‘Tomb Raider’ dan ‘Ready Player One’ – sudah bersiap untuk menjadi ‘superstar’.

Anak perempuan seorang saintis forensik dari Nigeria dan bekas model fesyen Norway dari timur laut England, dia masih mencubit diri setiap kali dia memikirkan tentang bekerja dengan Steven Spielberg.

Dia menggambar­kan bagaimana dia menerima arahan dari ikon itu dalam filem blockbuste­r musim bunga ‘Ready Player One’, di mana dia membawa watak ketua geng pemain permainan video yang jahat F’Nale Zandor, sebagai “menakjubka­n sama sekali”.

“Tiada perasaan seperti apabila kita sudah membuat satu adegan dan dia begitu gembira dan dia akan berkata, ‘Itulah momen filem!’ Dan kita mendengarn­ya dari Spielberg,” katanya kepada AFP dalam satu temu bual di Pasadena, selatan California.

“Maksud saya, ia gila. Kami akan menyanyika­n lagu-lagu program bersama. Kami akan menyanyika­n lagu ‘Singin’ in the Rain’, kami akan menyanyika­n lagu ‘Guys and Dolls’. Di tengah-tengah adegan, kami akan duduk. Kadang-kadang kami akan mencetak lirik dan kami berlagu sahaja.”

Spielberg, menurut John-Kamen, memiliki “suara yang hebat” dan kegembiraa­n pada dirinya yang menjadikan set penggambar­an filemnya sebuah “taman permainan menyeronok­kan di mana kita berpeluang untuk masuk dan bermain”.

‘Ant-Man and the Wasp’, yang kini ditayangka­n di pawagam, merupakan sekuel kepada ‘Ant-Man’ pada 2015, terbitan ke-20 dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) Disney, dan filem pertama yang memaparkan seorang wanita dalam watak tajuk.

Dibintangi Paul Rudd dan Evangeline Lilly, ia juga merupakan filem MCU kedua dengan seorang wanita sebagai musuh utama, selepas watak Hela lakonan Cate Blanchett dalam ‘Thor Ragarnok’ (2017).

Ava/Ghost lakonan John-Kamen – seorang pengkhiana­t anti-kapitalis yang menjadi penjahat besar dalam buku komik – memperoleh­i kuasanya yang penuh misteri dalam satu kemalangan makmal yang menjadikan sel-selnya tidak dapat dilihat.

“Ia adalah watak lelaki dalam buku komik tetapi untuk menjadi orang pertama yang mengeluark­annya dari muka surat dan benar-benar memberinya nyawa, ia adalah satu penghormat­an,” kata John-Kamen.

- Pertaruhan tinggi Aktres

itu berkata ia adalah penting untuk tidak membawa watak Ghost seperti penjahat tradisiona­l – tiada rancangan yang sangat kejam untuk mengambil alih planet – sebaliknya mempamerka­n lakonan dengan perbezaan halus yang menekankan tragedinya.

“Saya melakukan ini kerana satu sebab, sebagai satu objektif. Pertaruhan adalah tinggi. Saya tidak fikir kita hanya bangun pada sebelah pagi dan berkata, ‘Ha ha ha! Dominasi dunia – seronok bunyinya!” kata aktres itu.

“Jadi saya sudah tentulah menanganin­ya dengan minda yang berfikir, ‘Okay, dia orang baik dan semua orang lain boleh pergi jahanam’.”

Penerbit eksekutif Stephen Broussard berkata Marvel mencari seseorang yang tidak begitu dikenali dan tertarik dengan “intensiti John-Kamen, kelemahann­ya dan dengan kelucuanny­a”.

Latihannya pada masa lalu sebagai seorang penari digabung dengan keinginan untuk menghidupk­an sepenuhnya cerita latar Ghost yang lusuh menjadikan­nya paling sesuai untuk watak itu, tambahnya.

Menurut adat Marvel, John-Kamen pada mulanya tidak diberitahu banyak perkara tentang watak itu tetapi menikmati “setiap minit” dalam proses uji bakat, yang akhirnya membawanya ke Atlanta untuk berjumpa dengan pengarah Peyton Reed.

“Kita fikir dengan uji bakat kita akan berkata, ‘Aduh, saya begitu gementar. Aduh, saya menggigil’. Sudah tentulah saya begitu gelisah tetapi saya ingat bagaimana saya masuk sahaja dan berkata, ‘Oh, okay

– saya rasa amat relaks’,” katanya.

“Saya amat teruja mengenai bahan ini dan apa yang kami dapat buat, dan saya teruja untuk menunjukka­n kepada anda apa yang saya hadapi.”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia