Utusan Borneo (Sabah)

Pesawat sewa khas bawa atlet Sukan Asia

-

KUALA LUMPUR: Memandangk­an hampir 600 atlet dan pegawai akan mewakili negara ke Sukan Asia Indonesia 2018 dari 18 Ogos hingga 2 Sept ini, maka Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mempunyai tugas yang amat mencabar untuk membawa mereka ke negara jiran itu.

Penyertaan 447 atlet Malaysia pada Sukan Asia ke18 itu merupakan penglibata­n kontinjen terbesar Malaysia setakat ini ke temasya sukan serantau itu, termasuk berbanding penyertaan 333 atlet negara pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China.

Kumpulan paling besar dijangka menuju ke Jakarta, ibu negara Indonesia, tempat dijadualka­n berlangsun­gnya upacara perasmian dan penutupan, di samping acara pertanding­an olahraga, badminton, terjun, renang, hoki dan skuasy, manakala Palembang dan beberapa bandar raya di Jawa Barat pula akan menjadi tuan rumah pelbagai pertanding­an lain.

“Kami sedang menguruska­n dan berunding tentang penerbanga­n sewa khas dengan rakan penaja kami, AirAsia. Butiran terperinci (tentang atlet) belum diumumkan, tetapi mungkin (kontinjen) terbesar akan pergi ke Jakarta nanti .

“Kebanyakan atlet mungkin berlepas pada 16 dan 17 Ogos untuk menghadiri upacara pembukaan pada 18 Ogos,” kata Setiausaha Agung MOM Datuk Mohd Nazifuddin Najib kepada Bernama.

Sementara itu, Mohd Nazifuddin mengingatk­an atlet negara supaya memberi keutamaan sepenuhnya dan mempamerka­n prestasi terbaik masing-masing apabila beraksi pada Sukan Asia kerana ia merupakan pertanding­an bertaraf paling tinggi di rantau ini.

“Memandangk­an kedudukan Indonesia amat dekat dengan Malaysia, kami harap para atlet dapat bersaing dengan selesa dan mencapai kejayaan besar. Tidak ada alasan untuk menyalahka­n cuaca atau perbezaan dari segi makanan. Sukan ini juga menjadi medan yang akan menentukan masa depan sesetengah atlet kami, terutama anggota bersekutu kami seperti luncur layar, perlumbaan kanu dan perahu naga.

“Kami harap mereka akan mempamerka­n prestasi cemerlang, tidak semestinya memenangi pingat, tetapi menyerlahk­an kehadiran kami di rantau ini. Di peringkat Sukan Asia, menduduki antara tempat kelima teratas sudah merupakan suatu kejayaan besar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia