Utusan Borneo (Sabah)

J’KUASA DIBENTUK

Langkah KKTP pertingkat kuasa PBT

-

LAHAD DATU: Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) akan membentuk satu jawatankua­sa secepat mungkin, bagi meningkatk­an keupayaan kuasa Pihak Berkuasa Tempatan di Sabah, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Jaujan Sambakong.

Beliau yang juga Menteri KKTP berkata terdapat keperluan kuasa PBT ditingkatk­an agar kehendak rakyat di negeri ini mampu ditangani segera kerana kuasa PBT yang ada, terhad.

“Ada 24 PBT di Sabah dan bayangkan semua mahu tunggu keputusan dari HQ akhirnya keputusan dan pelaksanaa­n boleh diambil dalam tempoh dua minggu mungkin mencapai masa sehingga bertahun-tahun.

“Misalnya bila audit datang ke PBT ada pengurusan belum selesai (lama) padahal perkara mudah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat dari Majlis Daerah Lahad Datu sempena lawatan kerja seharinya di sini, pada Isnin.

Susulan itu, apabila selesai melawat ke seluruh PBT di negeri ini, Jaujan berkata Setiausaha Tetap (SUT) KKPT akan memanggil pihak berkenaan untuk membentuk jawatankua­sa tersebut seterusnya duduk berbincang mengenai pelbagai isu termasuk masalah setinggan.

“Misalnya (dalam perbincang­an) jika PBT Kudat, Lahad Datu ada kaedah terbaik dan perlu bentuk ordinan sekali gus boleh menambah penguatkua­saan PBT, kita ambil maklum dan satu kertas perlu dilengkapk­an sebelum dibentang ke Kabinet Negeri,” katanya yang menbambah, ketika ini kuasa PBT di setiap daerah juga tidak selaras.

Sementara itu, katanya terdapat tiga perkara perlu ditekankan dalam usaha untuk menaik taraf Lahad Datu ke arah Majlis Perbandara­n atau Bandaraya antaranya jumlah penduduk lebih daripada 200,000 orang dan LD telah mencapai sasaran.

Namun katanya, perkara lain yang perlu dilihat adalah pengupayaa­n pentadbira­n majlis daerah iaitu jabatan perancang bandar yang tidak bergantung kepada jabatan perancang di peringkat pusat.

“Selain itu, PBT perlu memiliki pegawai undangunda­ng sebaiknya seorang peguam yang tahu undangunda­ng supaya diyakini rakyat dan kewibawaan tidak dipertikai­kan,” katanya. - Bernama

 ??  ?? JAUJAN (depan, lima kanan) bergambar selepas lawatan kerja ke Majlis Daerah Lahad Datu (dua dari kanan) Ketua Penolong Setiausaha, Haji Awang Bakar Ag Hussin, Pegawai Daerah Lahad Datu Iman Ali, Setiausaha Tetap KKTP Datuk Ginun Yangus, Pembantu...
JAUJAN (depan, lima kanan) bergambar selepas lawatan kerja ke Majlis Daerah Lahad Datu (dua dari kanan) Ketua Penolong Setiausaha, Haji Awang Bakar Ag Hussin, Pegawai Daerah Lahad Datu Iman Ali, Setiausaha Tetap KKTP Datuk Ginun Yangus, Pembantu...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia