Utusan Borneo (Sabah)

Esscom beri impak positif: Shafie

-

LAHAD DATU: Pewujudan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) memberi impak positif terhadap tahap keselamata­n di pantai timur Sabah dengan rekod penurunan kadar jenayah rentas sempadan berbanding sebelum penubuhann­ya, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Katanya, penubuhan organisasi itu sekali gus meningkatk­an keyakinan rakyat terhadap tahap keselamata­n di Sabah selain melihatkan kerukunan, keamanan serta keharmonia­n penduduk di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

“Ini gambaran jelas untuk rakyat bahawa, kerajaan menerusi penubuhan ESSCom sentiasa memikir cara dalam menangani secara proaktif permasalah­an aspek keselamata­n rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan sempena Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri ESSCom oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Jaujan Sambakong di sini, pada Isnin.

Mohd Shafie berkata ESSCom merupakan mekanisme penting dalam menerajui jentera hadapan keselamata­n di sekitar daerah dan perairan ESSZone yang terdedah dengan ancaman jenayah rentas sempadan.

Sehubungan itu, semua pihak perlu bekerjasam­a menjaga keamanan dan kesejahter­aan negara serta mempertaha­nkannya daripada sebarang ancaman.

“Suka saya ingatkan bahawa memelihara keamanan dan kedaulatan negara adalah tanggungja­wab semua pihak meliputi pasukan keselamata­n, penguatkua­sa undang-undang, pemimpin dan rakyat,”katanya. Bernama

 ??  ?? JAUJAN (dua kiri) yang mewakili Ketua Menteri menerima cenderamat­a daripada Komander Esscom Dato Hazani Ghazali (dua kanan). Turut sama Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Dumi Pg Masdal (tengah), Ketua Pegawai Eksekutif Esscom, Noor Alam Khan...
JAUJAN (dua kiri) yang mewakili Ketua Menteri menerima cenderamat­a daripada Komander Esscom Dato Hazani Ghazali (dua kanan). Turut sama Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Dumi Pg Masdal (tengah), Ketua Pegawai Eksekutif Esscom, Noor Alam Khan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia