Utusan Borneo (Sabah)

Kemalangan maut ragut empat nyawa, pemandu direman

Kes kemalangan maut meragut empat nyawa

-

TAWAU: Seorang bekas calon sebuah parti tempatan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 ditahan reman selama empat hari sehingga Khamis untuk membantu siasatan kes kemalangan maut yang meragut empat nyawa di sini, pada Ahad.

Majistret Ferhansha Farene Mohd Ferdaus mengeluark­an perintah berkenaan kepada wanita itu, 34, yang disyaki mabuk semasa memandu sehingga kemalangan berlaku.

Permohonan reman itu dipohon Pegawai Penyiasat ASP Joan Lee untuk siasatan menerusi Seksyen 44 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987, di Mahkamah Tawau pada Isnin.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara selama tidak kurang dari tiga tahun dan tidak lebih 10 tahun serta berhadapan hukuman denda bernilai sehingga RM20,000.

Dalam perkembang­an berkaitan, Utusan Borneo difahamkan, peguam yang sepatutnya mewakili suspek menarik diri sebelum proses permohonan perintah reman dijalankan.

Terdahulu, orang ramai digemparka­n dengan kemalangan di kawasan parkir Pusat Komersil BDC, KM5 Jalan Chong Thien Vun yang mengorbank­an empat nyawa.

Keempat-empat mangsa, Hiew Nyuk Wei, 30, Clawence Wong Vun Kit, 21, Dicson Lim Kien Shing, 16, dan Chong Wei Chan, 21, dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Siasatan awal polis mendapati kemalangan itu berpunca daripada kecuaian pemandu kereta yang dipercayai mabuk dan gagal mengawal kenderaann­ya sehingga terbabas.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata kenderaan berkenaan dipercayai menuju ke Jalan Tiku dari arah Bandar Tawau sebelum hilang kawalan dan terbabas.

Malah, sekumpulan lelaki yang berada di kawasan parkir bangunan Pusat Komersil BDC dirempuh oleh kereta terbabit, selain tiga kenderaan termasuk sebuah van di lokasi sama.

Untuk rekod, pada PRU13 suspek muncul sebagai salah seorang calon popular kerana muda dan cantik namun tewas apabila sekadar menerima 128 undi (hilang duit deposit).

“Permohonan reman itu dipohon Pegawai Penyiasat ASP Joan Lee untuk siasatan menerusi Seksyen 44 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987, di Mahkamah Tawau pada Isnin.

 ??  ?? JOAN (kiri) turut mengiringi suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu dan tangan bergari selepas perintah reman dikeluarka­n.
JOAN (kiri) turut mengiringi suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu dan tangan bergari selepas perintah reman dikeluarka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia